Penyanyi Rap, Waris menerusi sebuah video di laman sosial Instagram (IG) membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi nama tersebut.

Waris berkata, keputusan tersebut dibuat kerana ada segelintir yang mempersendakan namanya dan berasa kurang dihormati.

“Aku dah tak tahan lagi dah, bila aku jumpa orang kat luar dia orang tak reti nak respek. Lepas tu ada pula yang tak panggil nama aku Waris tapi panggil ‘Ko Jolabak Ko Jolubu, kepala bap*k kau!

“Nama aku Waris! Aku rasa aku dah tak tahan lagi dah, aku minta maaf, aku nak berhenti guna nama Waris.

“Kalau kau orang ada idea apa nama yang patut aku tukar? Aku dah tak mau orang panggil aku Waris dah, ‘ke Jolabak ke Jolobu’ pun jangan panggil aku dah!,” luahnya.

Follow @rmwdrips @rmwdrips @rmwdrips

A post shared by W.A.R.I.S | Booking 0125357769 (@warisn9) on

Video tersebut telah mendapat hampir 40 ribu tontonan dan lebih 500 komen selepas dimuat naik semalam (Rabu).

Penyanyi Gadis Jolubu ini telah menggunakan nama Waris sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi pendapat supaya Waris mengekalkan nama tersebut kerana dengan nama ‘Warislah’ pemilik nama Muzammil Alias ini memartabatkan lagu-lagu dalam loghat Negeri Sembilan.

Tambahan lagi nama ‘Waris’ juga yang melonjakkan nama Muzammil Alias dalam industri seni.

Namun, juga yang meminta Waris supaya tidak mempedulikan perkara-remeh temeh (memanggil dengan nama ‘Ko Jolabak Ko Jolobu’) seperti itu.


Foto: Instagram @warisn9