Dua minggu lalu Gempak melaporkan tentang usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak mahu dikaitkan dengan bekas kakitangannya berkenaan kes penipuan pakej pelancongan.
Baru-baru ini, nama usahawan tersebut kembali disebut warganet apabila pasangan ditahan tersebut dikatakan bekas kakitangan Aliff Syukri.
Tambahan lagi apabila media melaporkan pasangan yang ditahan itu merupakan pengasas kepada syarikat I&I Paradise Venture.
Sebelum ini, bekas pembantu Aliff Syukri menjadi tular selepas banyak yang mendakwa syarikat I&I Paradise Venture memperdaya orang ramai dengan menjual pakej percutian palsu.
Baca: "Jangan Minta Duit Dari Saya" - Aliff Syukri Beri Amaran Jangan Kaitkan Dengan Bekas PA Kaki Scam
Pada 25 September lalu, suspek yang merupakan pasangan suami isteri berusia 26 dan 27 telah ditahan susulan beberapa laporan berhubung penipuan pakej pelancongan oleh yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata siasatan kes terhadap syarikat diasaskan kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu bermula sejak 13 September lalu.
“Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Difahamkan seramai 519 individu menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan didalangi suami isteri tersebut dengan jumlah kerugian lebih RM611,000.
"Laporan tertinggi diterima di daerah Sungai Buloh dengan 30 laporan membabitkan 63 mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM26,193.
"Jumlah kerugian tertinggi dicatatkan RM261,269 menerusi tujuh laporan polis oleh tujuh mangsa di Ampang Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhammad Yazid berkata, sebanyak 10 laporan polis membabitkan 194 mangsa diterima polis daerah Petaling Jaya dengan jumlah kerugian sebanyak RM232,110.
Katanya, polis daerah Kajang menerima empat laporan membabitkan 204 mangsa dengan kerugian sebanyak RM48,929 dan di daerah Gombak, ada tujuh laporan membabitkan 26 mangsa dengan jumlah kerugian mencecah RM15,430.
"Sebanyak enam laporan oleh 20 mangsa diterima polis daerah Shah Alam dengan jumlah kerugian RM19,472, tiga laporan di Subang Jaya dengan kerugian RM4,097 dan dua laporan di Sepang dengan kerugian RM3,493," katanya.
Fiza Kamarudin
Wed Sep 30 2020


Dah Ready Ke Guys? Selepas 15 Tahun Akhirnya Princess Hours Bakal Lakukan Versi Remake
Princess Hours ni fenomena tau dulu-dulu.

“Anak Muda Sekarang Ramai Yang Suka Buang Masa” – Amzeeq, Baal, Izhar & Yonnyboii Mahu Anak Muda Bangkit
Bagus lagu Masa ni...Banyak mesej untuk semua...

Terbongkar! Meghan & Putera Harry Rupanya Dah Berkahwin Lebih Awal Secara Rahsia
Meghan & Harry dah kahwin awal?

“Never Hina Food, Kerana Itu Rezeki! Namakan Makanan Dengan Kematian Orang Lain Tak Kelakar! -Cef Selar Maria Tunku Sabri!
Ini bukan kali pertama....

It’s Confirm! Tak Hanya Tercalon, BTS Bakal Buat Persembahan Di Grammy 2021! Ini Senarai Penuh Artis
Light it up like Dynamite! Tahniah BTS.

#ListenToAided: Aina Abdul Semakin Menyerlah - "Saya Tak Kisah Orang Cakap Saya Artis Pertandingan!"
Aina tetap pendirian...

Kementerian Alam Sekitar & Air Pelawa Pelajar Buang Buku Dalam Sungai Jadi ‘Sahabat Sungai Malaysia’
Jagalah kebersihan sungai kita ya...

Kelambu Dingin – 100 Hari Lepas Pantang, Ramona Phobia Untuk Bersama. Kata Pakar; Seks Umpama Makanan...
Dalam program Borak Kelamin malam ini, akan mengupas perihal mati putik atau keinginan seks yang menurun dalam hubungan suami isteri. Kata pakar jemputan, “women need love to make love”, nak tahu maksudnya?

Malam Ini Guys.. Borak Kelamin Bincang Topik Kelambu Dingin, Haa Menarik Kan?
Wajib tengok tau!

“Saya Rela Diceraikan, Daripada Hidup Bermadu”- Ezzaty Abdullah
Ezzaty Abdullah akui tidak boleh terima hidup bermadu