Produk tular yang disangka sebagai alas kaki tertera gambar Kaabah di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor merupakan sejadah mini.

Perkara itu disahkan pihak pasar raya AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Facebook pada Sabtu.

Menjelaskan perkara itu, pihaknya berkata kekeliruan timbul berikutan barangan tersebut dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

“AEON BiG (M) Sdn Bhd ("AEON BiG") menyedari siaran media sosial berhubung kesalah fahaman berkaitan sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

“Kami telah dimaklumkan mengenai is ini pada 9 April 2024, dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihaknya memakkumkan sebaik menerima maklumat, deskripsi produk tersebut telah dibetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG sebagai sejadah.

“Pembekal yang terlibat, A&R Fashion Collection ("A&R"), merupakan Perusahaan Kecil Sederhana
(PKS) milik 100% Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah path syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.

“Mereka telah ditubuhkan pada 2007 dan telah menjadi pembekal kami sejak 2015. A&R juga merupakan pembekal kepada peruncit lain, serta mengendalikan kedai mereka sendiri.

“A&R telah mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

“Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum in digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan.

“Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai "Sejadah" telah pun dicerminkan.

“Kedua-dua pihak pengurusan AEON BiG dan A& berharap bahawa kenyataan bersama in akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai is ini.

“Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan.

“AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan,” makkumnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Selasa lepas, susulan aduan orang awam.