Pasca kediaman dipecah masuk perompak pada awal Mac lalu, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih popular disapa Kak KM akui hidup dalam ketakutan.

Jelas Kak KM, dia tidak dapat tidur lena apabila mendapat tahu kediaman usahawan viral Kieda Crepe pula dirompak individu sama.

"Saya ni kena hidup dalam ketakutan ker? Dah tak boleh pakai barang kemas?

"Kalaupun perompak itu tak masuk rumah, kalau tiba-tiba kita diekori, kita pun jadi takut. Tidur pun tak lena," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "Sampai Sekarang Tak Boleh Tidur Malam" - Trauma Kena Rompak, Kak KM Takkan Tunjuk Rumah Baharu

BERITA TRENDING: Kak KM Bersyukur Barang Kemas RM2.1 Juta Yang Hilang Ditemui, Akui Mahu Pindah Rumah

BERITA TRENDING: Dikritik Sebab Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM: “Jangan Nak Ajar Orang… Macam Bagus Je Kau”

BERITA TRENDING: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”

Tambah Kak KM, dia tetap berjaga-jaga selepas kejadian tersebut dan setiap apa yang dipertontonkan di media sosial bukan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.

"Berjaga-jagalah, kita berniaga bukan saja-saja nak menunjuk. Kita akan tunjuk apa pencapaian selepas jualan satu-satu produk.

"Laris yang ni, kita beli yang ni. Takkanlah kita kosong, pakai kebaya kosong? Siapa nak tengok kita?" ujarnya.

Dalam perkembangan sama, pihaknya bakal berunding dengan pendakwa raya untuk membantu melengkapkan kes.

Dia juga masih kecewa apabila wang tunai bernilai RM400,000 yang dilarikan penjenayah itu masih gagal dikesan hingga kini.

Kak KM sebelum ini mengesahkan dia adalah ahli perniagaan yang membuat laporan polis berhubung kejadian rumahnya dipecah masuk membabitkan kerugian bernilai RM3.5 juta.

Pada kejadian 4 Mac itu, sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik usahawan terbabit.

Bagaimanapun pada 16 Mac lalu, pihak polis berjaya menahan empat warga tempatan berusia 22 hingga 36 tahun berhubung kes berkenaan.

Penahanan empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu membawa kepada penemuan barang kemas milik usahawan berkenaan di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor yang dianggarkan RM2.1 juta.

Manakala misteri kes pecah masuk kediaman Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra, 27, terungkai apabila polis membuat tangkapan ke atas empat suspek di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Suspek termasuk dua wanita direman enam hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk rumah Kieda pada 25 April lalu.

Kieda melalui satu hantaran video di laman Instagram pada Jumaat mendedahkan kes pecah rumahnya merupakan satu kegiatan sindiket yang sebelum ini pernah menyasarkan beberapa kediaman usahawan terkenal termasuk Kak KM.

BERITA TRENDING: Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"

BERITA TRENDING: Tahun Lepas Honda, Tahun Ini Kak KM Hadiahkan Gelang Buat Ibu – “Tak Perlu Sebut Harga…”

BERITA TRENDING: Kongsi Video Anak Cium Ketiak, Tapi Netizen Pula Tak Puas Hati Tengok Rumah Kak KM Bersepah - “Maaf Kak, Saya Penggeli Sikit”