Bermula 10 Ogos, filem box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 ‘bergegar’ Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish dan Eyka Farhana.

Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Jom kita semak ‘fun fact’ Polis Evo 3;

#1. #PolisEvo3 sudah banyak kali viral disebabkan penonton suka dengan jalan cerita dan lakonan setiap pelakon dalam filem tersebut. Malah tanda pagar Polis Evo 3 juga pernah menjadi trending di Twitter.

BACA SINI: #PE3: Trending Di Twitter, Penonton Rasa ‘Puas’ Tonton Polis Evo 3 - “Kali Ini Aksi Yang Luar Biasa Daripada…”

#2. Bentuk puting hero Polis Evo 3 iaitu Shahiezy Sam antara babak yang peminat ingat. Terutama dialog rakan gandingannya, Zizan Razak yang mengatakan puting Sam nampak kuyu.

BACA SINI: #PE3: Syatilla Tak Sangka Zizan Terfikir Puting 'Kuyu' Sam - "Aku Hari-Hari Tengok Tak Larat Dah..."

#3. Polis Evo 3 raih kutipan tertinggi sebanyak RM54 juta di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei.

BACA SINI: #PE3: Kekal Nombor Satu Filem Terlaris 2023! Polis Evo 3 Kini Kaut RM54 Juta!

#4. Sesi roadtour di utara, selatan, pantai timur menerima kehadiran peminat lebih 500,000 peminat.

BACA SINI: #PE3 : Kemah Boh! Polis Evo 3 Dahului Kutipan RM41.3 Juta Dalam Masa 12 Hari… Siri Jelajah Pun Meriah Dengan Peminat

#5. Watak ‘villain’ lakonan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai Reza dalam filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 sememangnya memberi impak yang besar kepada penonton yang menonton.

BACA SINI: #PE3: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Kongsi Kisah Disebalik Babak Bilik Siasatan Bersama Zizan Razak - “That Time, I Was Very Shaking Because…”

#6. Rentetan kejayaan filem Polis Evo 3 yang meraih kutipan tiket sebanyak RM54 juta dan menduduki tangga nombor satu filem terlaris 2023, naskhah yang mengangkat kisah kepolisian itu kini diabadikan di atas kanvas konkrit sebagai seni mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi, Kuala Lumpur.

BACA SINI: #PE3: Mantap Boh! Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi

BACA SINI: Dua Filem Aksi Blockbuster Nombor 1, Polis Evo 3 & Fast X Tiba Di Astro First!

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 dan Fast X di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro First atau Astro Gempak.