Laman Utama

Pelanggan Bukan Islam Tidak Boleh Dine-In Di Perak Pada Siang Hari Bulan Ramadan?

gempak
Izwan Isa
05/04/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Pelanggan Bukan Islam Tidak Boleh Dine-In Di Perak Pada Siang Hari Bulan Ramadan?
Trending di laman sosial semalam apabila seorang individu yang bukan beragama Islam yang berada di Sri Iskandar, Perak tidak dibenarkan masuk untuk menjamu selera.
Menerusi ciapan yang dikongsi, pemuda itu berkata: “Mereka tidak benarkan saya makan di sini atas alasan bulan puasa.
“Rupanya, di Sri Iskandar, Perak, kamu tidak dibenarkan dine-in dalam mana-mana kedai sehingga pukul 3PM.
“Sungguhpun saya tidak berpuasa. Adakah ini adil bagi mereka yang bukan beragama Islam atau yang tidak berpuasa di luar sana?” katanya.
Di samping itu, individu berkenaan turut memuat naik notis pemberitahuan yang memaklumkan larangan menjalankan operasi perniagaan premis makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan.
Menerusi notis tersebut, sesiapa yang gagal mematuhi arahan dan didapati bersalah, boleh dijatuhkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, dengan denda tidak lebih RM200 bagi kesalahan berterusan.
Bagaimanapun, menerusi laporan media, arahan tidak membenarkan dine-in di sebarang premis makanan di Perak telah dimansuhkan.
Kredit foto: Gian Cescon (Unsplash)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live