Bintang realiti TV Cake Boss, Buddy Valastro buat pertama kalinya bakal temui peminatnya dan mengadakan sesi ramah mesra di Malaysia .

Selebriti chef berkenaan bakal menemui peminatnya secara eksklusif dan peribadi di Orange Concourse, Sunway Pyramid, jam 7.30 malam pada 1 November ini.

Namun, hanya 15 pasang tiket sahaja akan diberikan kepada peminat yang berjaya menjawab soalan mengenai rancangan realiti, Buddys Family Vacation di laman sosial Facebook Suudu mulai esok 22 hingga 26 Oktober ini.

Setiap lima hari berturut-turut satu soalan dari episod satu hingga lima mengenai Buddy's Family Vacation yang ditayangkan di saluran TLC (707).

Tiga peminat pertama yang berjaya muncul dengan jawapan yang betul bagi setiap episod akan dipilih sebagai pemenang sekaligus berpeluang memenangi sepasang tiket ramah mesra berjumpa bersama Buddy.

Kepada yang terlepas menonton program realiti tersebut boleh menontonnya dengan mengakses On Demand (OD) di dekoder menerusi sambungan PVR ke WiFi di rumah anda.

Jangan terlepas untuk memenangi 15 pasang tiket untuk bertemu dan beramah mesra bersama Buddy dengan menyertai pertandingan tonton dan menang di Facebook Suudu mulai esok.

Teks oleh: Syafiqah Jalal