BERITA
Pemain Badminton Malaysia Bertunang Dengan Pemain Badminton Jepun
Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan kedua-dua pemain itu di laman media sosial Instagram, pada awal pagi Khamis.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua mereka berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangan tersebut.
"Dia (Ohori) bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, berbeza cara hidup.
"Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh," kata mereka.
BERITA BERKAITAN: Hari Bahagia Hampir Tiba, Dewi Kongsi Persiapan Busana Kahwin - “Final Fitting"
BERITA BERKAITAN: Hubungan Dengan Niezam Zaidi Dalam Fasa Serius, Fify Azmi Tak Nak Bercinta Lama - “Kita Memang Ada Perancangan Untuk…”
BERITA BERKAITAN: Kad Kahwin Jofliam Tular, Bakal Nikah 5 April Depan?
BERITA BERKAITAN: Majlis Tertutup Syafiq Kyle & Mimi Lana, Tetamu Puji Keputusan ‘No Phone’ - “Rasa Macam Kahwin Pada...”
Perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Ohori sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-dua mereka dilihat kerap meluangkan masa secara bersama selain kelihatan mesra apabila berbual.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video