gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Michael Ang Tempelak Pasangan Dedah Aib Rumah Tangga Secara Live - “Dah Gila Agaknya…”
KELUANG MAN
Ramai Teruja Imbau Nostalgia Keluang Man, ‘Wonda Kopi Kluang’ Terjual 2.5 Juta Tin Dalam Masa 8 Bulan
VIRAL
Tidak Melatah! Abang Siti Jamumall Perjelas Kontroversi ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Perempuan Dalam Video Tu Bukan Sabronzo, Tak Baik Fitnah Dia, Itu 'Call Girl'” - Amyera Dedah Kini Bukan Lagi Isteri Shahrul Nasrun

gempak
Mya Amri
23/03/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
“Perempuan Dalam Video Tu Bukan Sabronzo, Tak Baik Fitnah Dia, Itu 'Call Girl'” - Amyera Dedah Kini Bukan Lagi Isteri Shahrul Nasrun
Usahawan, Datin Amyera mendedahkan dirinya bukan lagi isteri kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

Bukan lagi suami isteri

Amyera atau nama sebenarnya Fatin Amyera Zainal Abidin memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan beserta hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Menurut Amyera, selama lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Shahrul akhirnya dia berasa lega dapat mengakhiri hubungan toksik yang dilaluinya.

“Untuk pengetahuan semua, saya bukan lagi isteri kepada Shahrul Nasrun. Kami telah sah bercerai. “Alhamdulillah. Akhirnya dapat keluar daripada hubungan toksik. Setelah beribu peluang yang saya berikan. Your loss babe.

“Jadi pada bulan yang mulia ini, saya ingin berkongsi kebenaran kepada anda semua, apa yang telah saya lalui selama 8 tahun bernikah dan siapa manusia yang bernama Shahrul Nasrun yang sebenarnya,” maklumnya.

Bukan tujuan untuk aibkan bekas suami

Dalam pada itu, Amyera juga menegaskan pendedahan tersebut bukanlah bertujuan untuk membuka aib bekas suami sebaliknya dia tidak mahu lagi ada pihak yang tertipu dengan apa yang dipaparkan di media sosial.

“Saya bukan nak buka aib bekas suami, tetapi saya tak nak orang ramai tertipu dengan apa yang di tunjuk di media social.

“Saya tak nak cerita lagi apa yang dia buat daripada awal perkahwinan. Sebab terlalu banyak kejahatan yang dia buat kepada saya,” tulisnya.

Akhirnya bersuara isu video tular

Menerusi hantaran yang sama juga, Amyera juga turut menjelaskan kejadian sebenar mengenai video Shahrul yang menjadi tular sekitar Ogos 2024.
“Saya nak cerita ni, tentang video yang viral pada August 2024. Sebab ramai yang confuse, dan kenapa saya tidak memberi apa apa comment.
“Untuk pengetahuan semua, video ini viral ketika anak saya sedang sakit dan warded. Live post, dan delete.
“Atas arahan daripada Shahrul sendiri suruh pihak hlive delete video tersebut. Saya senyap. Saya senyap bukan sebab saya bodoh.

“Tapi saya tak nak cerita itu jadi panjang. Dan lagi, pada waktu itu. Anak saya tak sihat dan bapa shahrul baru diagnosed lung cancer stage 4. “Jadi saya tak nak keruhkan keadaan. Saya masih menghormati ibu dan bapa dia. Jadi saya senyap dan buat keadaan macam biasa.

“Berbalik kepada video di atas, Ya. Itu memang office lot. Tingkat atas. Lepas saya tengok video tu. Bila keadaan dah okay sikit. Saya pergi ke sana dan cari.
“Sebab sumpah demi Allah, saya tidak pernah tahu tentang tempat itu. Dan video yang diambil tu pun, saya tak tahu siapa yang ambil. Dan siapa yang bagi kepada Hlive untuk viralkan,” jelasnya.

Wanita dalam video bukan Sabronzo

View this post on Instagram
A post shared by Amyera Zainal (@amyera.z)
Malah Amyera juga menegaskan wanita di dalam video tersebut bukanlah anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo seperti yang didakwa netizen sebelum ini.

“Mungkin Allah nak tunjuk. Semua jadi kebetulan. Dan saya nak nyatakan di sini, perempuan dalam video tu. Bukan sabronzo. Tak baik korang fitnah dia. Itu perempuan lain. Call girl. “Dan nak dijadikan cerita, bila saya kesana. Allah permudahkan segalanya, saya jumpa tempat itu. Dan saya boleh masuk ke dalam.

“Rasa nak pengsan, bila tengok keadaan tempat itu. Terlalu aib,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Namakan Anak Dengan Nama Malaikat Atau Para Nabi Dibenarkan – Shahrul Nasrun Ucap Terima Kasih Penjelasan Ustaz

ARTIKEL BERKAITAN:Shahrul Nasrun Sah Bergelar Suami Amyera

Terdahulu, tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.
Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Topic Berkaitan
#cerai
#Shahrul Nasrun
#Sabronzo
#Call Girl
#Amyera
Must-Watch Video