Skip to main content

Berita

Pemandu Mabuk Dituduh Bunuh Penunggang Motosikal, Berdepan Hukuman Mati

ASTROGEMPAK Pembunuh

Sekilas

  • Saktygaanapathy Ravichandran didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, dalam kemalangan di Klang pada 29 Mac lalu.
  • Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.
  • Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan dadah dan kes akan disambung sebutan pada 3 Jun selepas pihak pendakwaan melengkapkan dokumen.

Kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dipinda kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan dari Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tertuduh, Saktygaanapathy Ravichandran, 28, didakwa menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar, 33, dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi pada 29 Mac lalu di Jalan Raya Barat, Klang.


 

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

 

Dalam prosiding sama, tertuduh turut berdepan pertuduhan berasingan berkaitan dadah jenis benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC).

 

Bagi kesalahan itu, tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

 

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Karthiyayini, manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

 

Sementara itu, peguam pemerhati, Mohd Faizi Che Abu memaklumkan, prosiding di Mahkamah Majistret hari ini hanya melibatkan pembacaan pertuduhan.

 

“Pihak pendakwaan memohon tempoh dua hingga tiga bulan untuk melengkapkan dokumen.

“Seterusnya mahkamah menetapkan 3 Jun sebagai tarikh sebutan semula,” jelasnya dalam satu sidang media, Klang, pada Rabu.

 

Selain itu, tertuduh masih belum diwakili peguam dan dijangka akan melantik peguam dalam tempoh terdekat.

 

Tambah beliau, keluarga mangsa pada awalnya menjangkakan pertuduhan akan dibuat di bawah kesalahan memandu dengan pengaruh alkohol, namun menghargai ketegasan pihak pendakwaan untuk meminda kepada Seksyen 302.

 

“Kami (peguam pemerhati) mewakili keluarga mangsa memohon kepada mahkamah untuk terlibat secara langsung dalam prosiding bagi mendapatkan fakta-fakta sahih.

 

“Penglibatan ini penting kerana keluarga mangsa kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap tertuduh serta pihak insurans berkaitan,” jelasnya.

 

Pada Ahad, Allahyarham yang menunggang motosikal dirempuh oleh kereta Honda City dipandu tertuduh menyebabkan mangsa tercampak ke atas sebuah Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

 

Kemudian, tertuduh berusia 20-an direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Sumber - AWANI

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement