Gara-gara memberikan kenyataan ‘pergi Melaka membeli cincau’ semasa sidang media harian COVID-19 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, seorang wartawan yang dikenali sebagai Farhan daripada Bernama tular di laman sosial.

Pada sidang media berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara itu, Farhan bertanya kepada Ismail Sabri tentang jaminan tidak ada mana-mana pihak seperti ahli kenamaan ataupun selebriti yang diberikan pengecualian merentas negeri seperti yang diketahui umum sebelum ini.

“Berkenaan dengan rentas negeri, rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali tetapi mungkin akan ada pengecualian mana-mana pihak khususnya mereka yang terkenal ini untuk merentas negeri sebab kita tak mahu lagi berlaku rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang-orang yang terkenal bagi alasan tidak munasabah ke Melaka membeli cincau misalnya, nak ke Penang membeli pasembor misalnya, mungkin Datuk Seri boleh beri jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh kepada SOP ini dan tiada sesiapa diberikan kelonggaran untuk rentas negeri.

Di laman sosial Twitter, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya terkesan dengan pelaksanaan PKP.

Ramai yang memuji keberanian wartawan tersebut dalam bertanyakan soalan yang ‘padu’ pada sidang media itu memandangkan ada segelintir selebriti yang secara terang-terangan tidak mematuhi SOP.

Terbaik!!!!! Sapa reporter ni? Bagus the way he throw the questions,” komen seorang wargamaya.

Berani, professional, double meaning, rakyat, kerja vs kebenaran. Mantap. Win u bro!” puji seorang wargamaya lagi.

HAHAHAHHAHAHAHAHHA PERGI KE MELAKA MEMBELI CINCAU,” tulis seorang wargamaya.

Aku dapat merasakan kemarahan yang dialaminya,” kata seorang wargamaya.

Hero yang kita perlukan. Ismail Sabri gelak tu dia paham tak haha,” usik seorang wargamaya.

The reporter mesti A+ student masa his journalism degree,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 300,000 tontonan serta 20,000 ulang ciap daripada warga Twitter.