Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) mencuri perhatian wargamaya apabila memperkenalkan jersi terbaru yang akan digunakan untuk musim 2020.

Menerusi laman sosial Facebook, akaun rasmi Johor Southern Tigers telah memuat naik sebuah video pengenalan bagi dua jersi yang akan digunakan untuk tatapan umum.

“Jersi Nike baru musim 2020 kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim,” tulis pengendali akaun terbabit.


Menerusi video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan situasi di dalam sebuah bar yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat.

Kelihatan lima pemain JDT sedang duduk minum di dalam bar dan terkesima selepas kehadiran seorang wanita jelita.

Salah seorang pemain iaitu Corbin Ong membuka jaket dan memperlihatkan jersi baru mereka, wanita terbabit terus mereka menari bersama-sama.

Tambah istimewa apabila ketiadaan nama penaja pada bahagian hadapan jersi baru ini sebagai salah satu misi untuk menjadi kelab bernilai RM1 bilion.



Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terutamanya bangsa Johor teruja melihat iklan yang dikatakan bertaraf antarabangsa.

“The best of the best! Always make me proud JDT,” komen seorang wargamaya.

“Macam ni promote jenama JDT! Bangga dengan pasukan kami. Sama-sama ada standard! Mesti beli jersi baru kali ni,” tulis seorang wargamaya lagi.

“Hahaha terbaik JDT! Memag satu “commercial value” untuk kelab JDT! Lihatlah Corbin Ong tunjuk logo kelab sahaja, perempuan tu terus patah balik. That’s why la kita faham kenapa TMJ mahukan rekaan jersi kosong di hadapan, “MISSION 1BILLION” already started! Kami percaya benda baik mesti akan datang. Goodluck JDT,” puji seroang wargamaya lagi.

Penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut yang dijual di seluruh Johor dengan harga RM185 sehelai.