Soalan:


Hi Kak Gee, nama saya Sarah.

Saya betul-betul harapkan Kak Gee boleh beri nasihat terbaik untuk masalah saya.

Kalau nak diikutkan umur saya patut dah ada teman lelaki dah.

Kawan saya semua dah kahwin, jadi saya tak mahu hidup saya berakhir tanpa insan tersayang di sisi. Nak juga ada boyfriend!

Adakah sebab Tuhan tahun yang saya belum bersedia nak ada teman lelaki? Sebab saya masih ada parents untuk jaga?

Sarah keliru sebab kedua ibu bapa dah bertanyakan boleh target nak kahwin.

Kak Gee help me! Saya tak mahu jadi anak dara tua, saya nak pasangan cepat!

Yang Benar,
Sarah

Jawapan :


Hi Sara, apa khabar dan selamat berpuasa.

Terima kasih ya sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.

Sebelum berceloteh panjang, Kak Gee nak Sarah tahu yang Kak Gee pun kahwin agak lambat.

Adakah normal? Yes! kerana jodoh pertemuan semuanya ketentuan Tuhan.

Benda macam ni kita tak boleh nak rancang atau paksa, takut nanti seperti ia dibuat-buat.

Jadi apa yang Sarah boleh lakukan adalah nikmati status single itu sebaik mungkin.

Kebahagian bukanlah hanya boleh dikecapi dengan ada teman lelaki semata-mata, kawan-kawan, ibu bapa juga antara yang boleh buatkan Sarah gembira.

Berbakti pada ibu bapa juga sangat dituntut oleh agama, luangkanlah masa lebih untuk mereka takut nanti dah kahwin masa tu dah berkurang.

Cuma Kak Gee faham, bila ada teman istimewa ni feel dia lain sikit kan? Lebih berbunga-bunga gitu.

Sarah boleh mulakan dengan bersikap lebih terbuka terhadap lelaki. Jangan memilih sangat dan pada masa sama jangan terlalu mudah menerima seseorang.

Pastikan hubungan itu tidak dipaksa-paksa atau rushing, semai rasa cinta dan faham sesama pasangan itu perlahan.

Akhir sekali, janganlah banding-bandingkan Sarah dan kawan lain. Percayalah aturan setiap manusia itu berbeza-beza.

Ada yang dapat kerja lambat, kahwin lambat, semuanya berbeza-beza.

Percayakan rezeki Allah ok, jangan sedih-sedih.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!