Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya T je.

Saya cuma nak luahkan masalah yang saya alami sejak seminggu yang lalu. Semuanya berlaku selepas saya pindah rumah.

Badan saya tiba-tiba jadi cepat penat dan letih especially bila pulang dari kerja.

Mula-mula ingat penat biasa sampailah bila suami tegur saya asyik termenung dan asyik menangis.

Padahal saya tak ingat pun benda tu berlaku.

Apabila sembang tentang hal tersebut dengan jiran mereka kasi amaran supaya jangan lalu jambatan berhampiran rumah kami.

Ramai dah kena dan ramai alami masalah sama terutama mereka yang baru menetap di kawasan tersebut.

Saya ni bukanlah tak nak percaya Kak Gee, tapi saya masih pergi buat rawatan ke klinik.

Macam mana ni Kak Gee? Apa nasihat apa kak Gee?

Jawapan:

Walaikumsalam T terima kasih kerana PMTepiKakGee.

Banyak juga Kak Gee dengar kisah membabitkan ganguan sebegini.

Tapi nak tak nak, kita perlu buat rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.

Bukan apa, risau sekiranya ia berkaitan kesihatan badan.

Ye lah, bila badan penat, macam-macam boleh jadi.

Tapi, sebagai umat Islam kita juga tak lari daripada kepercayaan wujudnya Jin.

Pertama sekali, apa yang Kak Gee boleh nasihatkan buat kita yang beragama Islam ini supaya penuhkan amalan solat dan lebihkan bacaan Al-Quran.

Ingat apa yang perlu kita takut hanyalah Allah SWT.

Namun, jika gangguan masih diterima dan ia berlaku diluar kemampuan, T juga boleh meminta pertolongan mana-mana di cawangan Darul Syifa atau ustaz yang berdekatan.

Insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!