Soalan:


Hi Kak Gee, boleh panggil saya Liz.

Saya ada masalah dengan housemate saya ni.

Kalau Kak Gee perasan sejak COVID-19 ni ramai yang muat naik gambar rumah atau bilik mereka dihiasi tanaman pokok.

Ada yang kecil comel, tak kurang juga yang besar.

Saya ok je Kak Gee sebab bilik saya pun ada satu dua pokok

Tapi yang jadi masalahnya bila housemate saya ni dah over sangat.

Mula-mula macam dua tiga je kat koridor, lama-lama dah makin penuh.

Terlalu padat sampai ada pokok yang terpaksa letak dekat ruang tamu.

Sikit tak apa Kak Gee, saya ok je. Tapi ni banyak sangat.

Kalau Kak Gee datang rumah saya, mungkin nampak pokok dulu baru nampak televisyen. Kalah hutan.

Tapi paling saya risau adalah nyamuk.

Kita tak tahu ad yang bertakung dekat bawah pasu tu. Nanti tak pasal-pasal kena denggi!

Yang Benar,
Liz

Jawapan :


Hi Liz! Terima kasih ya sudi luah perasaan dengan #PMTepiKakGee

Apapun ‘give me five’ sikit sebab Kak Gee pun minat pokok-pokok ni.

Dalam bilik Kak Gee ada tiga pokok indoor!

Ok berbalik pada masalah Liz, yes Kak Gee tak nafikan jika terlalu banyak pokok akan mengundang masalah tak diingini.

Betul tu nyamuk atau semut sebenarnya antara ‘tetamu’ yang kerap muncul bila kita bawa pokok ke dalam rumah.

Serangga lain tu Kak Gee tak pasti.

Mungkin Liz boleh standby apa yang patut macam ubat nyamuk atau semut kalau terlalu risau dengan masalah tersebut.

Itu satu, namun paling penting adalah housemate Liz sendiri.

Memang kena slow talk dengan dia.

Terangkan dia bahawa less is more! Mungkin boleh cadangkan dia ikut susunan pokok dalam rumah berdasarkan gambar-gambar yang viral tu.

Jangan pula bagi dia rujuk gambar yang pokoknya berlebihan. Ambik yang simple dan minimalis.

Cuba pujuk dia untuk terima konsep sebegitu.

Selain itu Liz mungkin boleh terangkan kebimbangan Liz tentang keselamatan anda berdua.

Yelah diwaktu orang ramai bimbang tentang COVID-19, nanti satu hal pula ada kes denggi.

Mintak jauh la ya. Apapun berbincanglah secara matang ok!



Itu kisah Juju, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?

Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.

Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!