Polis mengesahkan berlaku kesesakan warga asing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Menara Berkembar Petronas (KLCC) seperti tular di media sosial.

Menerusi laman sosial Twitter, terdapat beberapa foto dan video tular di media sosial menunjukkan warga asing beratur panjang di luar bangunan sehingga berlaku kesesakan pada Rabu.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap penularan jangkitan COVID-19.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesesakan itu disebabkan beberapa majikan menghantar pekerja mereka ke PPV berkenaan.

Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC.

"Oleh itu, mohon majikan patuhi janji temu dan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan," katanya menerusi satu kenyataan media.

Sementara itu, situasi ini juga mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Tak boleh ke wujudkan pusat vaksin khas untuk warga asing. Sebab most of them tak faham arahan yang kita berikan. Nak handle pun susah,” komen seorang wargamaya.

Warga asing juga berhak dapat vaksin, selagi mereka tidak divaksin selagi tu, kita tidak mencapai imuniti kelompok…kita tak akan selamat selagi warga asing tidak divaksin,” kata seorang wargamaya.

Hopefully they will improve the flow tomorrow. Today they increased the capacity. Same thing happened when WTC increased capacity. All with appointment,” ujar seorang wargamaya.

Ini nampak menakutkan. Ada disebabkan oleh pengurusan yang teruk? Janganlah ada kluster PPV lepas ni,” tulis seorang wargamaya.

This is dangerous?!?! Semoga tak ada cluster PPV dah la. Are they even there by appointment or walk in? Kesian diorang. Who's responsible for this? Tak ada otak ke? Our cases are high enough, this act is inviting for more,” luah seorang wargamaya lagi.

Kredit foto: Twitter @adibrawi