Hiburan

Pramugari Korea Disahkan Positif Koronavirus, Penumpang Terdesak Mahu Batalkan Penerbangan

gempak
Mya Amri
27/02/2020
05:28 MYT
Sponsor Banner
Pramugari Korea Disahkan Positif Koronavirus, Penumpang Terdesak Mahu Batalkan Penerbangan
Seorang pramugari syarikat penerbangan Korean Air dilaporkan positif wabak Koronavirus (COVID-19) semalam.
Berita itu disahkan sendiri oleh syarikat penerbangan tersebut semalam.
“Korean air telah membentuk sistem khusus bekerja sama dengan Centers for Disease Control and Prevention Korea (CDCK) untuk mencegah penyebaran virus tersebut,” kata wakil syarikat tersebut.
Mereka juga meminta kru penerbangan yang mempunyai simptom penyakit tersebut supaya dikuarantinkan selain mengambil tindakan memasang kamera pengimbas suhu di pusat operasi Korean Air.
Disebabkan kes tersebut juga, pihak Korean Air juga telah mengambil tindakan untuk menutup pejabat yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon iaitu lapangan terbang utama di Korea buat sementara waktu untuk membasmi kuman.
Dalam pada itu, menerusi laman sosial Korean Air telah dibanjiri dengan komen penumpang yang terdesak untuk membatalkan penerbangan mereka ke Korea Selatan.
“Hai, saya telah cuba menghubungi Korean Air untuk membatalkan tiket ke Korea namun talian kerap sibuk” tulis salah seorang penumpang.
Terdahulu, jumlah jangkitan Koronavirus di Korea semakin meningkat hingga melebihi 800 kes.
Sumber: Business Insider
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live