Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tidak berasa terbeban menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan pada masa yang sama menguruskan beberapa kerja.

Menurut Sarah, dia mempunyai rutin dalam menguruskan anak-anak dan kerja biarpun dalam keadaan sibuk macam mana pun.

“Saya tak tahu macam mana boleh saya handle semua sekali… apa yang saya tahu, itu merupakan passion saya, jadi passion campur tanggungjawab, jadi semua boleh jadi.

“Bila itu passion dan tanggungjawab kita, kita dah memang tersusun apa yang perlu saya buat. Macam kalau saya tak shooting, saya akan ke office.

“Kebetulan office dekat dengan rumah, jadi rutin pagi hantar anak ke sekolah dan pergi pejabat. Petang pula ambil anak dari sekolah,” katanya kepada Gempak.

Berehat Bila Anak tidur

Dalam pada itu, Sarah turut mendedahkan dia hanya akan dapat berehat sekiranya dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah tidur.

“Untuk diri sendiri penat tapi sebab happy, jadi kita tak rasa penat itu. Bila kita mencintai pekerjaan kita, dengan tanggungjawab, kita tak rasa ia satu beban atau masalah. Kita buat dengan rasa happy.

“Waktu saya rehat, bila anak-anak saya sudah tidur. Selagi anak tak tidur, tak rehat la. Tapi selagi semuanya okay, saya gembira saja,” ujarnya lagi.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: "Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail

BERITA TRENDING: “Bella Pandai Sembunyikan Masalah, Nampak Dia Gembira Tapi Makin Kurus" - Puteri Sarah