Hiburan

Rahmat Buat Peniaga Kecil, Kuala Lumpur 'Wilayah Bebas Berniaga' Mulai Ahad Ini

gempak
Hanafis Haris
11/11/2020
15:23 MYT
Sponsor Banner
Rahmat Buat Peniaga Kecil, Kuala Lumpur 'Wilayah Bebas Berniaga' Mulai Ahad Ini
Berita baik buat peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan di mana-mana kawasan sesuai di sekitar bandar raya, mulai 15 November 2020 iaitu Ahad ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma.
"Mulai Ahad 15 November ini, Kuala Lumpur akan menjadi 'wilayah bebas berniaga'.
“Sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.
"Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan," katanya.
Annuar berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan majlis perwakilan penduduk di ibu negara mengenai perkara itu agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan melakukan pemantauan di peringkat komuniti.
Beliau seterusnya mengingatkan para peniaga agar tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan perlu menjaga kebersihan di sekitar ibu kota.
Sumber : BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live