The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Omaan Khyra semakin mendapat sambutan luar biasa dari penonton.

Dalam episod minggu lalu, anda telah menyaksikan dua rakan baik Ezurin iaitu Anna Ayuda dan Sharifah Haslinda (Lynn) bertandang ke rumahnya untuk meluangkan masa berbual bersama.

Dalam episod malam ini, anda akan menyaksikan Anna dan Lynn bercakap mengenai pandangan mereka terhadap diri Ezurin yang sebenar.

Menurut Anna, Ezurin selalu mementingkan nilai-nilai positif dalam kehidupan, kerana menurutnya, jika kita fikir secara positif, maka perkara-perkara positif akan menyelubungi diri kita.

Sementara Lynn pula bercakap mengenai cara Ezurin mendidik anak-anak. Menurut Lynn, Ezurin sentiasa bertolak ansur dengan lima anaknya, tetapi dia masih mengawal mereka terutamanya dari aspek agama.

Meskipun kesemua anak-anaknya menerima pendidikan di luar negara, tetapi mereka solat dan tahu membaca Al-Quran.

Selain bercakap mengenai cara Ezurin mendidik anak, Lynn juga berkongsi tentang pandangannya terhadap kekuatan Ezurin berhadapan dengan perpisahan tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, dua lagi rakan baik Ezurin iaitu Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF), Datuk Seri Shah Rezza dan pereka fesyen terkenal, Datuk Tom Abang Saufi turut datang mengunjunginya.

Ketika berbual bersama dua figura terkenal itu, Ezurin telah meminta pandangan tentang ideanya untuk menghasilkan koleksi pakaian jenama fesyennya sendiri.

Nak tahu apa yang diperkatakan dalam perbincangan mereka? Jangan lupa saksikan The House malam ini, banyak juga perkara menarik lain menanti anda!

The House yang turut menampilkan rakan baik Ezurin, Magie Abang Saufi bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Anda juga boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja dengan penstriman di Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.