Sedar atau tidak, sebenarnya ada makanan yang anda rasakan sihat untuk dimakan, tetapi sebenarnya makanan itu boleh memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan.

Jaga-jaga kerana ada makanan yang rasanya tawar dan kelihatan 'sihat' untuk dijamah, tetapi sebenarnya penuh dengan kandungan gula!

Anda pernah dengar mengenai istilah indeks glisemik (IG)?

Menurut Portal Rasmi Pendidikan Pesakit MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, IG mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG (1 - 55), makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG (56 - 69) dan makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG (70 ke atas).

Seperti contoh, jenis makanan yang tinggi IG ialah roti putih, nasi putih, ubi keledek, laici dalam tin dan kurma.

Jenis makanan dengan kandungan IG sederhana pula ialah beras perang, betik, jus oren, kismis dan kiwi.

Manakala, makanan yang rendah dengan kandungan IG pula ialah pisang, barli, keladi, Yakult Ace dan Yakult Ace Light.

Bayangkan, makanan yang rasanya tawar seperti nasi putih dan roti sebenarnya mempunyai nilai IG yang tinggi.

Zaman moden ini, kebanyakan orang Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif. Jikalau mengambil makanan dengan nilai IG yang tinggi dengan berlebihan, ia akan meningkatkan risiko untuk menghidapi kandunagan gula yang tinggi dalam darah.

Namun, makanan yang rasanya manis seperti pisang dan Yakult Ace serta Yakult Ace Light mempunyai kandungan IG yang rendah biarpun rasanya manis dan ia tidak mempengaruhi kandungan gula dalam darah secara drastik.



Pengambilan makanan dengan kadar IG yang rendah penting untuk mereka yang mahu mengamalkan kehidupan sihat.

Yakult adalah menu yang rendah kadar IG, jadi pengambilan satu botol Yakult sehari tidak akan memberi kesan kepada gula dalam badan anda secara drastik dan memberikan bakteria baik untuk sistem penghadaman anda.

Antara kelebihan Yakult ialah dalam sebotol Yakult ada lebih 30 billion bakteria baik, kultur pribiotik Shirota Strain membantu meningkatkan fungsi usus, mengurangkan toksin, mengatur pergerakan usus untuk mengelakkan sembelit dan menaikkan sistem imun dalam badan.

Jadi, amalkan Yakult Ace dan Yakult Ace Light untuk menjaga sistem penghadaman anda tanpa perlu risau dengan kandungan gula dalam minuman probiotik tersebut!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai IG, klik di SINI.