Gaya Hidup

[Review] Pertarungan Antara Manusia & Alligator! Filem Crawl Bawa Anda Ke ‘Dunia Reptilia’ Menyeramkan

gempak
Hanafis Haris
11/07/2019
11:27 MYT
Sponsor Banner
[Review] Pertarungan Antara Manusia & Alligator! Filem Crawl Bawa Anda Ke ‘Dunia Reptilia’ Menyeramkan
Lama rasanya kita tidak 'dihidangkan' dengan filem berkaitan hidupan liar, buaya mahupun alligator.
Secara jujur, kali terakhir filem dengan tema sedemikian menjengah pawagan adalah menerusi filem Pool, naskah daripada negara Thailand.
Namun kali ini, anda berpeluang menyaksikan lagi kebuasan filem reptilia ini menerusi Crawl.
Jadi apa sebenarnya yang menarik tentang Crawl ini? Ini antara pendapatan dan ulasan Gempak.

#1 Jalan Cerita Mudah!

Sedikit sinopsis tentang filem ini, Crawl mengisahkan tentang seorang wanita Haley (lakonan Kaya Scodelario) yang dalam misi untuk menyelamatkan bapanya (Barry Pepper).
Walaubagaimanapun, misi tersebut tergendala apabila Haley dan bapanya terperangkap di bawah rumah ketika ribut taufan kategori lima melanda di kawasan kediaman mereka.
Namun begitu, masalah berkenaan bukanlah yang perlu ditakuti sebaliknya alligator yang terlepas dan hanya menunggu masa untuk menjamah mereka merupakan ancaman terbesar.
Bagi penulis, jalan ceritanya amat mudah dan sangat ‘straight forward’.
Penonton hanya perlu menyaksikan bagaimana dua beranak ini keluar daripada ancaman alligator untuk menyelamatkan diri.

#2 Barisan Pelakon... Yang Underrated

Filem ini tidak menggunakan pelakon yang ternama sebaliknya ia hanya dibintangi oleh Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, dan Anson Boon.
Namun itu bukanlah satu masalah, kerana kesemua watak penting dalam filem ini memainkan peranan dengan cukup baik.
Pujian diberikan oleh pelakon utamanya Kaya Scodelario yang membawa watak Haley dengan cukup cemerlang.
Perasaan takut, bimbang dan sedih semua diterjemahkan dengan cemerlang.

#3 Elemen Suspen, Seram & Terkejut

Pada yang tidak tahu, filem ini diarahkan oleh Alexandre Aja yang turut menghasilkan filem The Hills Have Eyes, Piranha 3D dan High Tension.
Jadi, tidak hairanlah pengarah ini dipilih sekali lagi untuk menghasilkan filem binatang buas, Crawl.
Jalan cerita tidak meleret, malah penonton tidak perlu tunggu lama untuk menantikan kemunculan alligator pertama.
Pertama?
Yes guys, bukan satu bukan dua! Jadi bayangkanlah bagaimana kedua-dua beranak itu mahu melepaskan diri daripada sekumpulan alligator.
Elemen suspen dan terkejut yang dipaparkan cukup rasa dan tidak terlalu keterlaluan.
Malah, disebabkan karakter alligator yang sering menyorok di bawah permukaan air, babak yang senyap saja sudah membuatkan penonton tidak senang duduk.

#4 Kualiti CGI

Jika membabitkan watak haiwan dalam sesebuah filem, elemen yang memainkan peranan adalah kesan khasnya.
Untuk menjadikan setiap pergerakan dan tekstur pada alligator bukanlah mudah.
Bagi penulis, Crawl berjaya menghidupkan buaya menerusi imej janaan computer (CGI) ke dunia realiti. Kesan khasnya amat realistik.
Jika tidak sempurna sekali pun, CGI Crawl berjaya menyakinkan penulis. Agak berbeza sedikit jika dibandingan dengan buaya dari filem Pool.
Namun, mungkin efek hujan ribut sedikit kurang menjadi. Dari permulaan filem penulis melihatnya sedikit pelik.

#5 Papar Hubungan Ayah & Anak

Walaupun filem ini memberi fokus kepada ancaman buaya, namun ia masih menyelitkan kisah antara anak dan bapa.
Filem Crawl memaparkan hubungan kekeluargaan yang rapat di antara Haley dan bapanya.
Biarpun pihak berkuasa telah melarang Haley daripada memasuki kawasan perumahan, namun dia tetap nekad untuk mencari bapanya.
Malah, terdapat juga babak imbasan bagi membawa penonton mengenali lebih dekat hubungan antara mereka.
Akhirnya, Crawl berjaya membuat penulis sedikit hiba pada penghujung cerita. Mengapa? Anda tontonlah sendiri.
Secara keseluruhannya, Crawl berjaya membuatkan filem berdurasi 1 jam 27 minit tidak terasa lama untuk ditonton.
Tidak meleret dan eleman suspennya cukup rencah.
Cuma mungkin penulis terlalu meletakkan harapan tinggi dan Crawl tidak berjaya membuatkan adrenaline ketakutan penulis naik mencanak.
Apapun, anda boleh menontonnya di pawagang bermula hari ini.
Rating Gempak: 3.5/5
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live