Laman Utama
"Riak Tu Tolonglah Simpan Sikit" - Tony Eusoff Geram 'Golongan Kayangan' Menunjuk Rentas Negeri
Pelakon Tony Eusoff geram terhadap segelintir individu yang bangga menayangkan kelonggaran yang diberikan pihak berkuasa untuk membenarkan mereka merentas negeri.
Kata Tony, tindakan itu diibaratkan seperti menambah garam di luka golongan kebanyakan yang tidak mendapat 'layanan' sedemikian.
"Orang level kayangan ni kan, kalau dah cukup selesa dan tak payah risau pasal kelangsungan hidup tu tak payahlah tambah garam kat luka marhaen.
"Ni, tak siap perlekehkan lagi. Riak tu tolong simpan sikit.
"Kita cakap pasal orang yang senang-senang rentas negerilah. Korang ingat apa ek?" ciapnya di Twitter.
Hal itu menarik perhatian wargamaya untuk turut sama berkongsi pandangan mengenai isu semasa yang sensitif dalam kalangan rakyat kini.
"Diorang rasa selamat dan selesa dengan sekeliling yang mewah. Mungkin tak pernah lalui hari-hari mendesak. Semua nak boleh dapat sebab duit datang three sixty. Marhaens seems like buzz and inconvenience not up to their living expectations," kata @syafiqmohamed.
"Golongan macam ni memang tak ada empati. Tak pernah rasa susah," tambah @HamimiShamsul.
Isu kebenaran rentas negeri dalam kalangan antara topik hangat yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Tambah pula kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.
Rakyat semakin resah hingga apa sahaja perkara berkaitan rentas negeri akan membuatkan ramai tidak senang duduk.
Must-Watch Video