Pelakon Ruhainies berkongsi kata-kata hikmah yang diulang siar daripada akaun Instagram berunsur Islamik, @islamicvalues__ semalam.

Menerusi perkongsian semula tersebut, kata-kata hikmah berkenaan menerangkan tentang hal-hal yang tidak berjalan mengikut perancangan.

Sebahagian daripada kehidupan

“Kelewatan adalah sebahagian daripada kehidupan. Tidak semuanya akan berjalan mengikut rancangan anda. Apabila Allah berlengah, ada khair di dalamnya.



“Anda mungkin tidak dapat melihatnya sekarang tetapi Allah akan menunjukkan kepada anda mengapa Dia membuat anda menunggu, jadi bersabarlah.

“Kerana anda akan melihat tidak lama lagi nikmat yang indah. Insya-Allah,” tulis kata-kata hikmah itu.

Terdahulu, Ruhainies menerima kecaman yang teruk akibat isu khalwat bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Sumber: Instagram Story Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Apa Nak Ulas” - Aliff Aziz Ikut Semua Prosedur Jawi, Mahu Segera Selesaikan Kes Khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: "Kepada Isteri Mukminah, Tutuplah Aib Rumah Tangga" - Ustaz Ahmad Dusuki