Berita
“Saya Beremosi Sedikit Bila…”- Terpisah Dengan Ibu Sejak Januari, Imran Ajmain Tersepit
Penyanyi Imran Ajmain mendedahkan dia dan ibunya, Rietha Fatima, 70, telah terpisah sejak Januari lalu disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Menurut Imran dia amat merindui ibunya yang kini tinggal keseorangan di Singapura memandangkan bapanya sudah meninggal dunia sejak tahun 2013.
Lebih menyedihkan dia dan kakaknya, Musliha Ajmain juga turut terpisah sejak dua tahun yang lalu kerana sedang menetap di Belanda.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan ibu di Singapura adalah pada Januari lalu iaitu selepas saya pulang dari mengerjakan umrah.
“Ibu dan saya yang hanya mempunyai dua adik beradik ini iaitu kakak kini terpisah di tiga negara.
"Kakak saya menetap di Belanda. Sebelum ini kami akan berjumpa setahun sekali tetapi kerana pandemik ini ia terbatas.
“Saya sedih tetapi dalam masa yang sama, saya bersyukur dengan adanya teknologi, dapatlah kami membuat panggilan video setiap hari,” katanya.
Imran dihubungi Gempak selepas dia memuat naik status di Twitter miliknya memberitahu baru membuat panggilan video atau ‘face time’ dengan ibunya yang sudah terpisah sejak Januari.
“Semalam, saya sedikit emosi selepas membaca berita kisah orang lain yang turut terpisah dengan ahli keluarganya disebabkan pandemik ini.I was on FaceTime with my Mak for over an hour. She showed me what she changed around the house. She told me what she ate today and she asked about the siswa situation in Malaysia, asked me “sengkuang calit tu sedap tak” she saw on my IG. I haven’t seen her since January. ?— Imrān Ajmaīn (@ImranAjmain) October 9, 2020
"Lebih-lebih lagi, kali ini saya dan ibu berpisah dalam tempoh yang paling lama. Biasanya saya akan pulang menjenguknya sebulan sekali,” katanya lagi.
Kata Imran, dia kini berada di dalam keadaan tersepit sama ada mahu berjumpa ibunya atau meninggalkan terus perniagaan yang diusahakan selama ini yang menjadi sumber utama pendapatannya di Malaysia.
“Walaupun saya masih memegang passport kerakyatan Singapura tetapi proses untuk saya pulang itu agak sukar.
“Jika saya pulang ke sana saya perlu melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin selama 14 hari kemudian tidak dibenarkan keluar dari negara tersebut kurang dari 90 hari.
“Saya bimbang jika pandemik ini semakin teruk ketika saya pulang ke sana dan sekaligus tidak dapat balik kembali ke Malaysia.
"Saya tidak mahu mengambil risiko itu kerana saya mengusahakan perniagaan di sini dan jika ia terjejas saya tidak dapat menyara ibu saya lagi.
“Jadi saya tersepit di sini. Bagaimanapun saya reda dengan takdir ini. Mungkini ini yang terbaik buat kami demi melindungi kami dari pandemik ini lagi pun ibu saya sudah berusia dan risiko untuk dijangkiti tinggi.
“Saya berharap pandemik ini segera reda dan sebaik sahaja sempadan dibuka tanpa batasan saya berniat mahu membawa ibu saya tinggal bersama saya di Malaysia,” luahnya lagi.
Imran kini menjalankan perniagaan Minang Tapau bersama Datuk Fazely dan sebuah syarikat yang menjalan perkhidmatan digital.
Must-Watch Video