Laman Utama
"Saya Harap Hubungan Dengan Bakal Suami Dapat Doa Semua" - Watie Hanifiah
Tunangan pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengharapkan doa dan hubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
Katanya selepas selesai majlis pertunangan mereka pada Sabtu, Watie yang masih teruja dengan ikatan terbina turut memohon doa orang ramai untuk kebahagiaan mereka.
"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, perasaan sekarang bercampur baur. Saya mengharapkan segalanya dipermudahkan, bukan hanya untuk ke jenjang pelamin saja tapi untuk selama-lamanya.
"Saya harapnya perhubungan dengan bakal suami itu mendapat doa semua," kata Watie.
Dalam majlis terbabit, Watie disarungkan cincin tunang oleh ibu Shuib, Salamiah Jalani sambil disaksikan ibu Watie,
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie apabila memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.
BACA: Shuib Berdebar Bakal Nikahi Watie Hanifiah Jun Ini! - "Persiapan Dah 30%, Tak Nak Buat Grand Sangat"
Majlis pertunangan pasangan merpati dua sejoli itu akan disiarkan secara eksklusif menerusi rancangan Walimatul Urus di saluran Astro Ria (104).
Pasangan itu dijangka bakal diijabkabulkan pada 23 Jun 2023. Tahniah kami ucapkan!
Must-Watch Video