Laman Utama
"Saya Juga Manusia Biasa" - Berjurai Air Mata S. Kisona Ulas Isu Serangan Perkauman Ahli Politik
Pemain badminton perseorangan negara wanita, S. Kisona gagal menahan sebak ketika diminta mengulas mengenai serangan berbaur perkauman oleh seorang ahli politik baru-baru ini.
Bercakap kepada Stadium Arena, kata S. Kisona, kontroversi itu mengganggu tumpuannya dan memberikan kesan psikologi kepada dirinya.
"Ia memang sangat sensitif tetapi pada akhirnya, saya masih seorang manusia.
"Saya menyerahkannya kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), keluarga saya dan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini tetapi buat masa ini, saya hanya mahu fokus kepada kejohanan (Piala Uber di Aarhus, Denmark).
"Saya tidak tahu untuk berkata apa, saya hanyalah manusia. Saya hanya mengharapkan sokongan. Saya bukanlah sorang yang berbakat tetapi saya berusaha dengan amat keras.
"Saya melalui banyak perkara dalam hidup saya, daripada mengalami kecederaan sehinggalah saya berada di sini. Saya cuma berharap semua orang dapat terus menyokong saya," katanya.
Kenyataan berbaur perkauman dibuat ke atas pemain No. 53 dunia dalam media sosial oleh seorang ahli politik selepas beliau tewas mudah kepada jaguh No. 5 dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun pada separuh akhir Piala Sudirman, 2 Oktober lalu.
"Somehow I'm still a human, I just hope for a support" - Perseorangan wanita negara, S.Kisona ?
Malaysia sudah 64 tahun Merdeka, tapi MerdekaKAH anda jika masih mempunyai pemikiran KOLOT sedemikian ????? pic.twitter.com/PsKenJFi89— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 9, 2021
Sumber: Stadium Arena
Must-Watch Video