Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, dikejarkan ke hospital pada Sabtu lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang.
Memetik laporan Harian Metro, anaknya, Norzaza Zulkifli berkata, bapanya mengadu sakit perut pada Jumaat lalu dan sukar membuang air besar.
"Saya ingat papa sakit perut biasa sebab kadangkala dia memang sukar nak membuang air besar.
"Namun pada pagi Sabtu lalu, papa mengerang sakit perut lagi. Saya melihat mukanya sudah pucat apabila dia beritahu badan sejuk dan tangan menggeletar.
"Saya dan suami terus menghantarnya ke wad kecemasan di Hospital UiTM Sungai Buloh.
"Pemeriksaan doktor mendapati, ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi. Buah pinggang pula agak kering dan bermasalah,” katanya.
Menurut Norzaza, dia bersyukur bapanya kini dalam keadaan stabil namun belum tahu bila dibenar keluar hospital.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan papa semakin baik, tapi belum tahu bila boleh keluar hospital.
"Doktor maklumkan yang pihaknya perlu memantau keadaan kuman dalam darah papa lagi," katanya lagi.
Pelakon filem Permintaan Terakhir itu kini berkerusi roda kerana menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair.
Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, berdepan masalah jantung lemah serta buah pinggang.
Sumber: Harian Metro
Zulaikha Yusof
Tue Mar 10 2020
“Saya Tahu Saman Tidak Akan Hidupkan Kembali Anak Saya” - Andrea
Kehilangan anak lelakinya susulan insiden yang berlaku di perairan Pulau Tokong Sanggol, Mersing itu meninggalkan kesan trauma mendalam kepada keluarga mereka terutamanya suaminya, Adrian Peter Chesters, 48 yang juga terlibat dalam kejadian tersebut.
Pelajar Singapura Ini Meninggal Dunia Selepas Ujian Kecergasan Sekolah, Ibunya Pula Dermakan Organ Kepada 3 Pesakit Yang Memerlukan
Seorang remaja lelaki asal Singapura berusia 14 tahun tiba-tiba rebah sewaktu sedang menjalani ujian kecergasan fizikal sejauh 2.4 kilometer di sekolahlahnya, Sekolah Menengah Woodlands pada 2 Mei lalu.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Watchers
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Filem Furiosa & Garfield Tak Capai Sasaran, Menjadi Filem Dengan Rekod Terburuk Berbanding Box Office Tahun 2023
Tahun 2024 bukan tahun yang baik untuk Hollywood, apabila dua filem yang dijangka menjadi blockbuster tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Tular 'Keanu Reeves' Jual Sotong Kering, Cuci Pinggan Di Thailand, Netizen Kata Sudah Bersara Jadi Aktor
Kecoh dan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila kelibat aktor terkenal Hollywood, Keanu Reeves dilihat berada di sebuah kawasan menjual makanan popular di Thailand.
Buat Konten Menari Atas Kereta Sampai Kemek Bonet Depan, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Pasangan Ini - "Cukup Ketua, Kami Malu"
Satu hantaran video di media sosial berjaya mencuit hati ramai netizen apabila entri tersebut mempamerkan satu pasangan menari di atas kereta.
Kuih Keria Sayur Ke? | KELAB POP POPZ EP1
Kelab Pop Popz bersama Ceddy Ang. Kuiz yang lucu bersama 2 pasukan untuk setiap episod. Enjoy je gais jangan stress!
Saksikan Sepahtu Reunion Live 2024,setiap Jumaat jam 9.00 malam hanya di Astro Warna.
Saksikan Sepahtu Reunion Live 2024,setiap Jumaat jam 9.00 malam hanya di Astro Warna.
RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story
Penyanyi popular, Ariana Grande telah membuat perkongsian pautan Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin menerusi akaun Instargramnya.
Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”
Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”
Pempengaruh Leona Azhar mendedahkan yang dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di United Kingdom berdekatan dengan universiti tempat dia belajar.