Pelawak dan bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Sharif Zero mendedahkan dirinya disahkan positif COVID-19.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Sharif menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun kata Sharif dia berada dalam keadaan baik dan juga memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Sharif juga meminta agar mereka yang ada bertemu dengannya supaya membuat ujian saringan COVID-19.

“Ainajoooo sedih bah mau raya suda. Tapi kenaa kuat, saya positif covid. Alhamdulillah keadaan saya baik.

Pada sahabat-sahabat yang ada berjumpa saya masa terdekat ini minta buat saringan ya, maaf sekali lagi,” tulisnya.

A post shared by sharifzero (@sharif_zero)


Semalam dilaporkan pelakon Tiz Zaqyah dan Nora Danish juga dijangkiti COVID-19.

BACA: Tiz Zaqyah Positif COVID-19, Seru Orang Ramai Duduk Rumah - "Doakan Untuk Saya & Keluarga"

BACA: Tak Ada Sebarang Simptom, Nora Danish Pula Positif COVID-19