Namanya mungkin kedengaran seperti tempat untuk berpesta, namun hakikatnya ia jauh sekali daripada apa yang anda fikirkan.

Clubhouse juga bukanlah aplikasi dating mahupun seperti sugarbook yang viral ketika ini.

Jadi apa sebenanya Clubhouse ini? Mengapa ia sungguh popular?

#1 Aplikasi Berasaskan Audio

Aplikasi ini mula menjadi perhatian selepas individu terkaya dunia, Elon Musk menggunakannya semasa mengadakan perbincangan secara langsung.

Video perbincangan Elon Musk kemudian dimuat naik di YouTube, sekali gus mencetuskan tanya tanya ramai pihak/

Secara ringkasnya Clubhouse adalah aplikasi media berasaskan audio, diasaskan oleh Paul Davison dan Rohan Seth pada tahun 2020.

Menerusi laman web rasminya, Clubhoue menyatakan bahawa ia adalah produk sosial berasaskan suara yang membolehkan manusia berhubung.

Ia digunakan untuk tujuan berbincang, bercerita, mengembangkan idea, mengeratkan hubungan dengan orang baru dari seluruh dunia.

#2 Boleh Disertai Hanya Menerusi Undangan

Cara pemasaran aplikasi ini agak unik dan eksklusif kerana ketika ini orang ramai hanya boleh mengakses Clubhouse menerusi undangan.

Anda akan menerima jemputan daripada rakan lain yang terlebih dahulu mempunyai akaun Clubhouse.

Jadi buat mereka yang sudah ada di Clubhouse, sudi-sudilah jemput rakan anda yang lain.

#3 Perbincangan Ilmiah & Matang, Tapi Bukan Untuk Semua Orang!

Selama hampir seminggu menggunakan Clubhouse, penulis berpendapat ia sesuai untuk individu yang lebih matang dan berfikiran terbuka.

Clubhouse juga mungkin sesuai untuk individu yang sukakan perbincangan atau mendengar pandangan orang ramai.

Jika anda gemar mendengar podcast, ini juga sesuai untuk anda. Bukan hanya mendengar, anda juga boleh menyuarakan pandanggan.

Topik juga agak bebas daripada perbincangan ekonomi, filem, penghasilan media kreatif sehinggalah soal cinta.

Anda bebas untuk bersembang!

#4 Circle Anda Bukan Lagi Malaysia

Bayangkan jika sesebuah topik itu dibincang oleh individu penting, dan anda boleh menyertai perbincangan tersebut. Itulah kelebihan Clubhouse.

Ramai selebriti popular yang turut sama menyertai komuniti Clubhouse.

Pelakon Maya Karin antara yang terlintas di ‘timeline’ penulis.

Selain itu, penulis sempat menyertai perbincangan pengarah filem Indonesia, Joko Anwar yang membincangkan topik Box Office Indonesia.

Menarik dan satu pengalaman baru!

#5 Hanya Untuk Pengguna iOS

Malangnya, biarpun semakin popular, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun di aplikasi seperti App Store secara percuma.

Bagi pengguna Android, aplikasi ini belum tersedia di Google Play Store.

Berkemungkinan pengguna Android akan menerima aplikasi ini tidak lama lagi.

Selain kekurangan ini, Clubhouse juga tidak menyimpan sebara data perbincangan tersebut.

Jika anda menyertainya lambat, maka anda akan tertinggal ‘train’.

Selain itu, topik yang dibincangkan adakalanya boleh mencetuskan sensitiviti. Oleh itu bersembanglah secara matang!

Apapun, permintaan untuk menjadi pengguna Clubhouse sekarang sangat tinggi. Di China sahaja, jemputan untuk menyertai Clubhouse dijual di atas talian seperti Alibaba dan Idle Fish.

Jemputan ini dijual di antara 150 – 400 yuan atau sekitar RM100.00 hingga RM400.00.

Menerusi data dicatatkan pada 1 Februari 2020, Clubhouse telah merekodkan 2 juta pengguna.