Konsert Big Stage edisi 2020 (BS2020) bakal melabuhkan tirainya dengan menobatkan seorang juara lelaki pada Ahad ini.

Dari minggu pertama, setiap bintang memberikan persembahan bertenaga dan kini tinggal lima finalis lelaki yang akan bersaing bagi menambat hati juri tetap serta seluruh rakyat Malaysia.



Gempak senaraikan lapan sebab kenapa anda perlu ajak keluarga dan teman terpacak depan TV bagi menonton konsert akhir BS2020:
  1. Buat pertama kalinya lima bintang lelaki berentap untuk merebut juara BS2020, hubungan mereka cukup rapat ibarat adik-beradik.
  2. Dinie Rashid sekali kali diberi cabaran lagu berbahasa Inggeris, My Baby You yang juga merupakan lagu kegemaran ibu dan bapanya.
  3. Lagu Peluang Kedua bakal dibawakan oleh Usop dengan cara tersendiri, adakah dia mampu menyampaikan versi rap MK K-Clique dengan sebaiknya?
  4. Qody Rany akan mempersembahkan lagu putus cinta popular Indonesia, Bukan Dia Tapi Aku daripada Judika. Suara Qody pun agak mirip dengan nada Judika.
  5. Fadh Majid akan membawakan lagu hit kumpulan pop Indonesia Kerispatih, Bila Rasaku Ini Rasamu. Tak sabar mendengar alunan suara lunak Fadh menyampaikan lagu ini.
  6. Azzam Sham akan membawakan lagu popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu dan hit antarabangsa Grenade dari Bruno Mars. Apa respon Tokti tentang nyanyian Azzam nanti?
  7. Barisan juri tetap Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah saban minggu mengundang buah mulut netizen. Komen yang baik atau buruk, mereka akan memilih bakal juara.
  8. Ini kali terakhir netizen dapat melihat keakraban dan gandingan serasi hos Alif Satar dan Sherry Alhadad yang setiap minggu tidak kering dengan lawak jenaka mereka. Harap jumpa lagi tahun depan!

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.