Sebelum menjengah Ahad, apa kata kita recap balik apa yang panas sepanjang hari Sabtu:

#1. Seorang penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia menggigit perut Adik Bella selepas diarahkan pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali.

BACA: “Dia Arah Saya Gigit Perut Bella” - Pengasas Rumah Bonda Turut Minta Pertolongan Seorang Penghuni Bantu Dera Adik Bella

#2. Melihat pada situasi Adik Akid sekeluarga, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak ketinggalan untuk turun padang dan sama-sama membantu Adik Akid serta keluarga untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

BACA: Viral Kisah Rumah Adik Akid Roboh, Ustaz Ebit Lew Terus Datang Bantu - “Kami Akan Bina…”

#3. Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sera melahirkan rasa sedih apabila melihat anak kecilnya menangis merindui Shuk.

BACA: “Anak Dibiarkan, Sibuk Enjoy Dengan Perempuan Lain” - Netizen Simpati Anak Shuk Menangis Rindukan Bapanya

#4. Pelakon Will Smith yang mencetuskan kontroversi dengan melempang pelawak Chris Rock baru-baru ini menerima ‘hukuman’ pihak Academy yang menyenarai hitamkan dirinya daripada menghadiri mana-mana majlis anjuran Academy Awards.

BACA: “Saya Terima Dan Hormati Keputusan Academy” - Digam 10 Tahun Daripada Oscars, Will Smith Terima Dengan Hati Terbuka

#5. Kumpulan baharu yang semakin meningkat naik, Da Uknown, mengakui terasa hati dengan kecaman netizen yang melabelkan mereka dengan hal tidak wajar sejak menceburkan diri dalam bidang muzik.

BACA: Da Unknown Dikecam 'Berkiblatkan' BTS, Dituduh Perosak Industri! - "Ada Juga Kata Kami Kumpulan Baru Akil Baligh"