Permohonan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bagi kes penambahan pihak iaitu ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai responden kedua bagi tuntutan interim hadanah dan induk hadanah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

BERITA TRENDING: “Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi

Shuhada atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur apabila permohonannya untuk meletakkan nama ibunya sebagai penjaga bagi dua anak iaitu Humairah dan Umar diluluskan pihak mahkamah.

"Alhamdulillah permohonan diterima. Saya cuma nak hak untuk anak-anak. Kalau boleh nak mereka gembira dan hidup mudah.

"Kes ini sudah berlarutan sangat panjang, hampir setahun lebih turun naik mahkamah.

"Kalau boleh, saya harapkan kerjasama daripada pihaknya untuk hadir. Hendak bicara pun memang dia perlu hadir," katanya.

Shuhada berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini.

BERITA TRENDING: Enggan Tergesa-Gesa Dirikan Rumah Tangga, Shu Shukri Tak Malu Bergelar Janda - “Shu Tak Tertekan…”

Sementara itu, Peguam Syarie Nurfarhana Abd Manaf mewakili Shuhada selaku defendan memberitahu, sebutan baharu kes itu ditetapkan pada 28 Mei depan.

"Hari ini mahkamah sudah benarkan dan luluskan untuk tambah nama ibu Shuhada sebagai penjaga dua anaknya bagi interim hadanah dan induk hadanah," ujarnya.

BERITA TRENDING: Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016. Mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”