Penerbit filem Sangkar, Astro Shaw, Primeworks Studios, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment menegaskan mereka sudah membeli hakcipta bagi runut bunyi teaser istimewa filem berkenaan.

Kenyataan terbabit dibuat kerana wujudnya dakwaan seorang vlogger yang mengatakan soundtrack teaser istimewa filem Sangkar meniru soundtrack trailer filem Robin Hood.

Video reaksi itu telah dimuat naik di laman YouTube pada 23 jam lalu dan mendapat lebih 15,000 tontonan.

Menjawab dakwaan vlogger terbabit, berikut merupakan kenyataan penuh yang diberikan oleh Astro Shaw selaku wakil penerbit filem Sangkar.

"Terima kasih atas perhatian pihak tuan. Untuk makluman pihak tuan, kami telah mendapat kebenaran dan membeli hakcipta runut bunyi berkenaan untuk special teaser SANGKAR.

"Segala bentuk rangka promosi untuk menggunakan runut bunyi ini telah mendapat kebenaran sepenuhnya. Diharap penjelasan ini dapat menjawab segala kekeliruan. Terima kasih," tulisnya.

Selepas timbulnya dakwaan terbabit, wujudnya segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dikatakan mahu memboikot filem Sangkar apabila ia ditayangkan di panggung wayang kelak.

Dalam pertarungan, teruji kesabaran. Dalam perjuangan, teruji keikhlasan. Dalam persaudaraan , teruji ketulusan. Dengan ini kami umumkan, SANGKAR akan berada di pawagam bermula 29 August 2019. #SangkarMovie

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Filem Sangkar membariskan lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah dan ramai lagi. Ia akan menemui peminat filem tempatan pada 29 Ogos ini.

Gempak berharap, bulan Ramadan yang tiba ini digunakan sepenuhnya untuk bermuhasabah diri dan janganlah terus mendakwa benda yang kita tak pasti. Lebih baik selidik dulu sebelum menghukum sesuatu!