Jenama susu tempatan terkenal Farm Fresh kini tampil dengan keluaran produk terbaharu yang dibuat khas untuk anak-anak 1 tahun ke atas dan merupakan susu rumusan yang diperkaya dengan nutrient serta khasiat yang penting untuk tumbesaran mereka. Selain itu, jangan lupa pastikan diet anak-anak seimbang!

Lain dari susu formula lain yang perlu dibancuh, kini Farm Fresh melancarkan susu formula dalam pek sedia diminum yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Farm Fresh Grow juga merupakan pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk anak-anaknya!

Menerusi hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangasaan Malaysia (NHMS), 1 daripada 5 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di Malaysia mengalami masalah bantut.

Selain itu menurut UNICEF, Malaysia juga mengalami masalah obesiti kedua tertinggi di Asia bagi kanak-kanak dan remaja yang berusia dalam kalangan 5 hingga 19 tahun.

Jadi, Farm Fresh mengambil inisiatif untuk mengeluarkan susu dengan khasiat yang diperlukan anak-anak untuk membina generasi yang lebih sihat dan kuat.

Ibu bapa yang sibuk dengan waktu kerja panjang juga tidak perlu lagi risau dengan adanya susu Farm Fresh Grow yang lebih mudah untuk diberikan kepada anak-anak.

Bukan itu saja, susu ini juga sangat sesuai untuk dibawa ketika bercuti atau keluar berjalan-jalan memandangkan ia sudah dibuat dalam pek sedia diminum.

Ibu bapa yang sentiasa peka dengan bahan yang digunakan pun tak perlu risau kerana Farm Fresh Grow diperbuat daripada susu lembu semula jadi yang dilengkapi dengan khasiat penting seperti kalsium, protein dan lemak tenusu yang semestinya lebih mudah diserap dalam badan anak-anak.



Lagi-lagi musim pandemik ini, anak-anak memerlukan nutrisi dan khasiat untuk sistem imuniti yang kuat dan tumbesaran yang sihat.

Farm Fresh Grow tidak mengandungi maltodekstrin, minyak sayuran atau kalsium karbonat dalam produk terbaharu mereka ini. Ia juga mengandungi 22 vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak selain kandungan DHA, taurina dan kolin yang ditambah untuk membantu perkembangan otak.

Inulin juga penting untuk membantu sistem pencernaan dan usus yang sihat dan juga ditambah dengan folat serta Vitamin B12 bagi menolong pembentukan sel darah merah.

Dan sudah semestinya 100% tiada gula tambahan! Tiada maltodekstrin mahupun sukrosa! Hanya mengandungi laktosa yang merupakan gula semula jadi tenusu. Walaupun mengubah anak-anak ke susu yang baharu akan mengambil masa, namun ini adalah masanya untuk anda berikan anak anda susu yang lebih baik!

Yang penting, Farm Fresh Grow, Hanya Khasiat, Semoooooanya Baik!
Untuk pembelian, anda boleh pergi ke 99 Speedmart atau Jaya Grocer, atau dari stokis berdekatan anda melalui https://bit.ly/3E90ApG!

Anda juga boleh langgan Farm Fresh Grow sehingga 6 bulan melalui Subplace.com di sini https://subplace.com/brand/farmfresh