Kecoh apabila pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik foto atas pelamin bersama anak lelakinya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang masing-masing mengenakan pakaian sedondon berwarna biru.

Bagaimanapun, Sharnaaz ketika dihubungi Gempak menjelaskan foto seakan-akan memberi bayangan sudah mengikat tali pertunangan itu sekadar gimik sahaja.

Sebelum itu, wanita yang kini sedang rapat dengan Sharnaaz iaitu pelakon baharu Amelia Christie ada memuat naik video memperlihatkan dia menerima bunga orkid daripada seseorang.

Menerusi perkongsian itu, Amelia memberitahu individu tersebut sememangnya tidak pernah gagal untuk membuat dirinya sentiasa tersenyum.

“All I know is, you are the only person who never fails to make me smile,” kongsinya sambil berlatar belakangkan lagu Sesaat Kau Hadir nyanyian Gery Gany.

Lebih menarik perhatian adalah ucapan yang ditulis pada kad yang disertakan kepada Amelia sekaligus memberitahu siapa gerangan pemberinya iaitu Mamu, nama panggilan Sharnaaz.

“Thank you sayang, Mamu,” tulis di kad tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz tampil menjelaskan hubungannya dengan gadis yang dilihat mesra hadir memeluk tangannya ketika Malam Gala Tayangan Perdana Filem Polis Evo 3, di TGV, KLCC baru-baru ini

Berkata kepada Gempak, Sharnaaz memberitahu dia dan gadis yang juga seorang pelakon baharu bernama Amelia Christie itu masih berada dalam fasa berkawan.