Pempengaruh media sosial dan usahawan, Syifa Melvin akhirnya berkongsi video sewaktu hamil anak pertamanya, Saif Sulaiman.

Menurut Syifa, suaminya pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safawi Rashid baru sahaja memberi kebenaran untuk memuat naik video kenangan itu.

Syifa yang juga merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin ini berkongsi momen manis itu menerusi video pendek di muat naik di platform TikTok miliknya.

Malah pengumuman itu juga merupakan satu kejutan buat Safawi pada ketika itu.


Gelagat Safawi jadi perhatian

Bagaimanapun apa yang melucukan netizen adalah gelagat Safawi ketika Syifa mahu memberitahu berita baik itu.

Video tersebut merakamkan Syifa meminta suaminya menutup mata sebelum menunjukkan keputusan positif hasil daripada ujian kehamilan yang dilakukannya.

Namun reaksi Safawi yang terkejut dan tidak dapat menahan sebak itu membuat netizen terhibur.

@syifmel131 Mashaallah! Tuan badan dah bagi greenlight utk post, aku masih mixed feeling tengok video ni??? Saif nanti besaq hang tengok la video ni? #pregnancyrevealhusband #fyp @OFFICIAL SAFAWI R ♬ original sound - Syifa Melvin

Antara komen yang diterima adalah:

“Tak tahu nak gelak ke happy tengok reaction Pawi,”

“Weh! Hahahahah cepat gila reaksi dia, tak dan loading hahahah weh lawak,”

“Pawi aku tak jadi nak rasa sedih bila tengok muka kau hahahaha,”

BERITA TRENDING: Syifa Melvin Akui Alami Perubahan Drastik Selepas Jadi Ibu - “Mula-Mula Kekok, Menitik Air Mata, Badan Penat”

Terdahulu, Syifa telah mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah menerima cahaya mata sulung, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.