Laman Utama
“Syukur Alhamdulilah…”- Terima Doa Sempena Pernikahannya Esok, Ini Respon Bakal Isteri Remy Ishak
Dijadual melangsungkan pernikahan esok, bakal isteri Remy Ishak iaitu Ezza Yusof bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebaikana untuknya dan pasangan.
“Syukur alhamdulilah, terima kasih di atas doa yang baik-baik untuk saya dan Remy.
“Semoga urusan anda semua dipermudahkan Allah,” katanya.
Ezza yang juga pengasas kasut 2morrow itu berkongsi rasa syukurnya itu di akaun Instagram (IG) Story miliknya pagi ini.
Menerusi entri yang sama Ezza turut memuat naik ayat al-Quran mengenai berserah kepada Allah.
“Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku).
“Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambanya,” maksud ayat yang dikongsi.
Semalam, secara eksklusif kepada Gempak TV, Remy mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinannya esok iaitu 21 Ogos.
Aktor itu memberitahu, mereka bakal dinikahkan di sebuah lokasi di ibu negara dengan mengikut SOP yang ditetapkan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).
Menerusi temu bual itu, Remy berkongsi perasaannya serta perancangannya yang dibuat sejak Mei lalu.
Program Gempak TV itu disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria malam semalam.
Ezza dan Remy pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.
Must-Watch Video