Pemlik jenama dan butik pakaian muslimah Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman tampil menjelaskan isu duit 'refund' pelanggan selepas tempahan baju raya tidak dapat sampai ke butik sebelum Hari Raya Aidilfitri.
BACA: "Saya Dapat Tahu Bukan Saya Seorang Saja Terkena ..." - Pelanggan Jenama Tempatan Ini Nak Duit 'Refund' RM452 Kerana....
Ketika dihubungi Gempak, Liyana berkata masalah berpunca daripada pihak kilang di Guangzhou, China yang tidak menepati janji untuk menyiapkan koleksi baju yang sudah dibayar sepenuhnya.
"Semua orang tahu kilang kami berada di Guangzhou, China. Jadi disebabkan Covid-19, kilang itu baru kembali beroperasi pada bulan Mac lalu.
"Mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada kami. Kami ada dalam 70 rekaan, dalam 80% dah sampai dan sudah terjual.
"Pada 29 haribulan kami dapat senarai pembungkusan (packing list) untuk kumpulan akhir (last batch). Itu bermaksud kami perlu bayar baki bayaran sebanyak RM711,000 untuk diproses. Kami ada bukti semua transaksi yang dibuat.
"Selepas bayar pada 30 haribulan, setiap hari kami kemaskini dengan pihak sana bila barang nak sampai. Namun, bila asyik diasak rupanya barang tak ada. Mereka bagitahu semua baju dihantar ke Korea untuk dijahit di sana. Itu memang alasan bodoh dari mereka.
"Dalam keadaan begini, saya memang kena jujur dengan pelanggan yang telah bayar cuma saya takda kongsikan di Instagram (IG). Saya buat video dan bagi kepada lima orang 'admin' saya.
"Setiap 'admin' itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan. Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan 'refund' semuanya.
"Ada sesetengah pelanggan dia faham dan berikan maklumat yang lengkap. Ada pulak yang bising dan maki dulu tanpa beri nombor akaun. Macam mana kami nak proses, itu yang jadi lambat.
"Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi 'scammer'. Bayangkan beribu-ribu punya 'refund'.
"Setiap hari kami cuba untuk 'refund' seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka.
"Itu situasi sebenar. Tak ada istilah kami makan atau ambil duit pelanggan. Demi Allah, kami tak ada guna duit pelanggan untuk 'rolling' perniagaan.
"Viral itu memang takkan habis. Setiap tahun viral. Leeyanarahman ini dah enam tahun beroperasi, kami memang nak kekal dalam tempoh lama," katanya.
Tambah Liyana, dia akan membuat permohonan maaf kepada umum selepas selesai membuat bayaran kepada pelanggan.
"Saya dah tak fikir untung rugi sekarang ini sebab memang dah rugi. Saya nak selesaikan 'refund' pelanggan dulu sebelum hari raya. Jumlah keseluruhan yang dah selesai sekarang ini RM300,000.
"Selepas selesai dengan pelanggan, saya akan jelaskan apa sebenarnya yang dah berlaku. Sekarang ini kalau saya cakap pun orang takkan percaya dan puas hati sebab tengah panas hati," katanya lagi.
Dalam pada itu, Liyana mendedahkan terdapat staf yang diludah oleh pelanggan gara-gara tidak dapat baju raya yang diingini.
"Tidak cukup dengan kata-kata makian di whatsApp, ada pelanggan yang datang HQ tuntut baju raya mereka. Kami terpaksa cari barang dia dalam timbunan barang yang banyak tu.
"Ada staf yang kena ludah. Mana kau punya adab, kami bukan anjing. Kami manusia biasa macam orang lain juga.
"Saya rasa lepas raya ini mungkin 'admin' saya akan berhenti kerja sebab dah tak tahan. Mereka trauma, setiap hari menangis," kata Liyana.
Zulaikha Yusof
Mon May 18 2020
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.