Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza beri penjelasan berhubung video tular yang memaparkan detik ‘genting’ di belakang pentas (backstage) konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza.

Tak sangka tular

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, yang tidak menyangka momen tersebut bakal tular memaklumkan bahawa ketika itu dia sebenarnya tidak berasa marah dan hanya berada di saat yang cemas gara-gara alat monitor telinga atau 'In-ear monitors' tidak dihidupkan lagi.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Saya tak sangka pula, momen belakang pentas yang disiarkan dalam Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan dijadikan berita serta dikongsikan, ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video tersebut tanpa suara).

“Bila baca komen, Alamak, janganlah ambil serius sangat tau, saya tak maran pun, itu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat je LED tu akan terbuka dan saya kena menyanyi.

“Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tak on atau dibuka. Ear monitor ini sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar suara dan muzik,” tulis Siti menerusi ruangkan kapsyen.

Muatnaik video penuh

Justeru, Siti memuatnaik semula video momen tersebut beserta dengan audio suara supaya tiada sebarang spekulasi lagi.

“Saya muat naik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi, saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro sebab saya tahu, ada peminat mahu menonton situasi di belakang pentas.

“Saya tak marah pun, itu nada suara saya yang mahu memastikan ear monitor saya dibuka dengan segera dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan,” tambahnya lagi.

Untuk info, bagi pelanggan Astro yang tidak berkesempatan untuk menonton Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang telah ditayangkan 13 April lalu boleh saksikan ulang tayang di Astro Go.


Berita Trending: Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

Berita Trending: Raya Bersederhana, Siti Nurhaliza Utamakan Anak-Anak - "Cukup Saya Ada Sepasang Dua Baju Baharu, Pakai Jelah Yang Lama"