Penyanyi rap tempatan, Caprice, sedang mencari pemain-pemain handal untuk bergabung dalam pasukan e-sukan yang mahu ditubuhkannya sendiri, seterusnya bersaing dalam acara-acara permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), lapor Astro Awani.

Menurut video di laman instagram penyanyi rap berumur 31 tahun itu, beliau menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada mereka yang terpilih, di samping mengurus kerjaya pemain-pemain tersebut sebagai atlet e-sukan.

Video tersebut mendapat sambutan ramai dari kalangan penggiat e-sukan negara, sehinggakan penyanyi dengan nama asal Ariz Ramli itu memberitahu, aplikasi WhatsApp beliau gagal berfungsi akibat menerima terlalu banyak mesej.

Antara pemain yang sedang dicari Caprice ialah bekas pemain pasukan Shopee Bosskurr, Ahmad Fuad Razali atau Fredo.

Tag kawan kawan yang gempak main PUBG. Jika anda minat, send your profile to my DM or email: capriceonline @ gmail.com

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Menurut catatan Insta Story Caprice pada Sabtu lepas, beliau mempunyai tawaran yang amat sukar bagi Fredo tolak.

Selain daripada bidang e-sukan, Caprice juga giat melabur dalam bidang digital lain seperti laman web dan aplikasi telefon bimbit.

Sumber: Astro Awani