Hiburan

Teruja Nak Kembali Jadi ‘Duyung’, Maya Karin Akui Bukan Mudah Nak Bawa Watak Ikonik - “Orang Luar Tak Nampak, Mereka Hanya Melihat…”

gempak
Asyikin Mayudin
05/09/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Teruja Nak Kembali Jadi ‘Duyung’, Maya Karin Akui Bukan Mudah Nak Bawa Watak Ikonik - “Orang Luar Tak Nampak, Mereka Hanya Melihat…”
Bakal kembali menjadi duyung selepas 16 tahun, pelakon Maya Karin meluahkan rasa teruja untuk menjalani penggambaran filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ pada 13 September depan.

Lama harapkan filem sekuel

Menurut Maya, dia sebenarnya sudah lama mengharap filem komedi romantik itu mempunyai sambungan demi memenuhi permintaan peminat.

“Ramai peminat yang asyik bertanya bilakah sambungan filem Duyung. Walaupun berdepan cabaran fizikal, saya seronok bila filem ini menjadi kesukaan anak-anak Malaysia.

“Di Youtube pula, sudah berjuta orang yang menonton. Jadi, sudah lama sebenarnya saya ajak pengarah untuk membuat sambungan filem ini sebelum usia saya mencecah 80 tahun,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak

Maya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang diadakan di The Wetland Studio Putrajaya, pada Selasa.

Syukur watak masih diingati

Pada masa sama, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke bersyukur kerana watak-watak yang pernah dibintanginya seperti duyung dan pontianak masih diingati sehingga hari ini.

“Saya pernah menjadi macam-macam mahluk. Saya juga tidak sangka impaknya akan sebesar ini. Kutipan filem Duyung mencecah RM7 juta dan pada waktu itu, ia sangat besar.

“Karakter filem ini juga sangat menarik. Sampai sekarang orang masih ingat Jimmy, Oryx dan Duyung.
“Saya sangat bertuah kerana dapat terlibat di dalam projek yang bertahan di hati penonton sehingga hari ini dan mungkin berpuluh tahun ke hadapan.
“Ramai artis yang shooting back to back tapi bila sudah ditayangkan, setahun kemudian, penonton akan lupa. Drama baharu akan terus ditayangkan,” ujarnya lagi.

Sukar bawa watak ikonik

Bagaimanapun, pelakon filem The Experts mengakui bukan mudah untuk membawakan dua watak ikonik ini terutamanya daripada aspek fizikal.

“Namun, jangan ingat jadi pontianak dan duyung ini sesuatu yang mudah terutama sekali dari segi fizikal.

“Nak terbang dari pokok ke pokok dengan diikat tali berjam-jam. Ia sakit sehinga luka di badan. Kostum duyung pula ambil masa empat jam untuk dipakai dan sejam untuk ditanggalkan.
“Orang luar tak nampak. Mereka hanya melihat kostum dan make up yang cantik serta duyung yang comel-comel tapi ia merupakan kerja keras namun, berbaloi,” akhirinya.
Selain Maya, filem ini turut mengembalikan barisan pelakon-pelakon asal seperti Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin.
Malah, beberapa pelakon baharu turut diperkenalkan seperti Ayie Floor 88, Anna Jobling, Nadia Brian, Atu Zero dan Syarif Zero.
Duyung: Lagenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September sehingga Oktober ini. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada suku ketiga 2025.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live