Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri (KPDNHEP) mengesahkan tiada DNA babi di dalam sampel mee kari seperti yang didakwa menerusi sebuah video tular baru-baru ini.

Sebaliknya kajian menerusi sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mendapati hanya unsur DNA ayam yang terdapat di dalam mee kari tersebut.

KPDNHEP berkata, susulan itu pihak restoran yang disiasat tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

KPDNHEP menerusi sebuah kenyataan turut menyeru kepada orang ramai agar bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan berita atau isu yang tidak sahih di laman sosial kerana boleh mnedatangkan kesan negatif kepada pihak lain.

Sebelum itu, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang dimuat naik oleh netizen mendakwa terdapat daging babi di dalam mee kari di sebuah restoran terkenal.

[[BACA: Restoran Terkenal Subang Jaya Didakwa Hidang Mi Kari Dengan Daging Babi?]]