,
Laman Utama

“Tiada Negara Lain Di Dunia” - Moratorium Kedua Dijangka Beri Kelegaan Kepada Peminjam

Hanafis Haris
02/07/2021
04:20 MYT

Perlaksanaan moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) baru-baru ini dijangka memberi kelegaan kepada rakyat,

Perkara itu didedahkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, kemudahan tersebut bakal dinikmati kalangan peminjam individu dan perniagaan sehingga RM80 bilion.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa pemberian moratorium itu merupakan langkah sementara dan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tengku Zafrul turut menjelaskan, ini kali kedua Malaysia memperkenalkan moratorium pinjaman secara menyeluruh selepas dilaksanakan pada Mac tahun lepas.

“Tiada negara lain di dunia yang memberikan moratorium menyeluruh seperti ini malah kebanyakannya hanya menyediakan bantuan pinjaman secara bersasar dan terhad,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa moratorium itu tidak mempunyai faedah berkompaun iaitu tidak dikenakan faedah ke atas faedah.

“Hanya faedah terkumpul dikenakan seperti biasa apabila peminjam mula membuat bayaran selepas enam bulan.

“Selain itu, ia juga tidak dikenakan penalti dan tidak direkodkan dalam CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) bagi mereka yang memilih kemudahan moratorium.

“Ada yang ingin membayar semula dengan kadar bayaran balik asal selepas tempoh moratorium selesai, ada juga yang ingin bayar dengan jumlah yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran balik.

“Peminjam yang memilih untuk melanjutkan tempoh bayaran pinjaman lebih lama dari asal akan berdepan bayaran faedah lebih tinggi tetapi perkara itu perlu dirundingkan dengan pihak bank masing-masing,” katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen memberi maklum balas yang bercampur baur.

Ada yang gembira moratorium diperkenalkan semula, namun tidak kurang juga yang berhati-hati dengan caj tersembunyi yang mungkin dilaksanakan oleh pihak bank.

Apapun diharapkan perlaksanaan ini bakal membantu individu terkesan.

Sekadar info, moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang berkuat kuasa 1 April sehingga 28 Ogos 2020 bernilai RM81.9 bilion dengan sejumlah RM28.6 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala peminjam individu RM53.3 bilion.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.