Aktres terkenal Nabila Huda meluahkan rasa sedihnya setelah menonton filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila meninggalkan komen sedih tersebut di entri filem pendek raya Gempak.

“Nice one! Sedih ada, happy ada. Tengok video ni tiba-tiba menitik air mata kita fikir tahun ni raya nenek dah takde.



"Walaupun video ni takde kene-mengena, selamat hari raya semua! Kalau ada silap dan salah, mintak maaf ya,” tulis Nabila di ruangan komen.

Menerusi filem pendek berdurasi lebih enam minit itu, ia merupakan gandingan pertama suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.



Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk meniru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih.

Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya. Apakah caranya dan adakah Ali akan berjaya?



Saksikan filem pendek raya Gerakan Serunding kini di laman portal Astro Gempak.