Bulan puasa tahun-tahun sebelum ini disambut dengan meriah dengan kehadiran bazar Ramadan yang menjual makanan sebelum waktu berbuka serta bazar Ramadan yang dibuka setiap malam yang menjual kelengkapan Hari Raya.

Tahun ini, suasananya mungkin sedikit berbeza kerana kita menyambut kedatangan Ramadan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.

Bakat baru yang sedang meningkat naik, Chubb-E berkongsi dengan Gempak tip untuk menempuh bulan Ramadan yang menjelang tiba.

Jika sebelum ini, ramai yang sering keluar berjalan-jalan ke bazar Ramadan untuk menghilangkan bosan, Chubb-E memohon agar semua pihak mematuhi arahan kerajaan agar duduk di rumah untuk terus mengekang wabak COVID-19.

"Tip puasa? Jalan-jalan tak boleh, tapi senyum mesti boleh," kata Chubb-E.

Biarpun sambutan Ramadan kali ini kita menempuhi halangan tersendiri, semuanya pasti boleh diatasi dengan senyuman.

Jika kita mengukir senyuman dan menerapkan aura positif dalam diri, apa jua halangan pasti boleh dihadapi dengan hati yang tenang serta dapat mengeratkan jalinan!





Chubb-E merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.

Selain Chubb-E, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Ben Amir dan Shiha Zikir.

Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.

Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.

Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!

Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!

Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.

Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!