Laman Utama

“Tong Sampah Ada Tapi Buat-Buat Tak Nampak” - Pemuda Ini Kecewa Saloma Link Terus Jadi Mangsa...

gempak
Hanafis Haris
14/09/2020
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Tong Sampah Ada Tapi Buat-Buat Tak Nampak” - Pemuda Ini Kecewa Saloma Link Terus Jadi Mangsa...

Setelah dibuka secara rasmi pada 6 Februari lalu, Saloma Link terus menjadi tumpuan sebagai antara lokasi menarik di Kuala Lumpur.

Mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi, Saloma Link telah mencuri tumpuan ramai untuk mengambil gambar.

Walaubagaimanapun, masalah utama yang dihadapi Saloma Link sehingga hari ini adalah masalah lambakan sampah sarap.

Terbaru, perkongsian seorang pemuda di Twitter yang terpaksa mengutip sampah untuk membersihkan Saloma Link mencuri tumpuan.

Menurut pemuda tersebut, tindakan membersihkan laluan itu adalah kerana terlalu rimas dengan sampah dibuang sesuka hati oleh orang ramai.

“Bila aku rimas dengan sampah aku kutiplah. Tong sampah ada tapi buat-buat tak nampak kot,” katanya.

Usaha murni yang ditunjukkan oleh Rudy mendapat perhatian netizen dan ramai memuji tindakannya.

Malah, rata-rata netizen juga mengecam tindakan pengunjung yang buang sampah merata-rata walaupun tong sampah sudah disediakan

Untuk rekod, jambatan ini telah menelan kos RM31 juta yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live