Laman Utama
Tular PKP Seluruh Selangor; Jangan Percaya Ini Berita Palsu!
Sejak semalam media sosial dihebohkan dengan kiriman mesej yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021.
Mesej yang tular di media sosial itu adalah berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei.
Mesej tersebut berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor, cadangan berkaitan sekolah dan justifikasi atas keputusan tersebut.
Tidak mahu menimbulkan lebih banyak keresahan dalam kalangan penduduk Selangor khususnya, Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor menegaskan ia adalah sebuah berita palsu
"Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu," kata Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor ketika dihubungi BERNAMA, semalam.
Semalam sebanyak 3,418 kes baharu positif Covid-19 dengan Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,200 kes.
Selangor juga menjadi negeri dengan catatan kes tertinggi Covid 19 beberapa hari berturut-turut sejak 27 April sehingga 1 Mei lalu dengan mencatatkan kes yang tertinggi sebanyak 759 kes.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.
Kredit Foto: Razak Latif
Must-Watch Video