Pelakon Zahirah Macwilson, 25, tidak menolak kemungkinan 20 Februari ini sebagai tarikh pernikahannya bersama tunangnya yang juga aktor, Aiman Hakim Ridza.

Menurut Zahirah, dia bukan sengaja mahu berahsia sebaliknya mahu menjadikan ia satu kejutan dan momen manis untuk diingati.

“Ia satu momen besar untuk saya.

“Tunggu dan lihat sahaja pada hari kejadian.

“Saya bukan hendak berahsia tapi biarlah ia menjadi kejutan untuk semua ,” katanya kepada Gempak

Zahirah ditemui selepas pelancaran Filem Bulan & Pria Terhebat di The Starling Mall, pada Isnin.

Sebelum ini Aiman menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik beberapa keping foto yang dipercayai pra perkahwinan lengkap dengan kapsyen serta tanda berpagar tarikh 20 Februari 2020 sebagai tarikh ‘save the date’ mereka berdua.

BACA: Aiman Hakim Ridza Bakal Nikahi Zahirah Macwilson 20 Februari Ini?

Mengulas lanjut mengenai perkahwinannya Zahirah akui ia akan berlangsung di Malaysia.

“Saya teruja kerana ia satu perjalanan baru buat saya serta cabaran baru buat saya.

“Majlis perkahwinan kami hanya dilakukan di Malaysia.

“Saya tak mahu letak apa-apa sasaran sama ada ‘wedding of the year’ atau tidak sebaliknya mahu menjadikan majlis itu sebagai untuk meraikan kaum keluarga dan rakan media,” katanya lagi.

Sebelum ini, pasangan ini telah mengadakan sidang media dan memberithau mereka bakal bernikah pada Februari tahun ini, namun tarikh sebenar masih belum didedahkan.

BACA: “Will You Marry Me?” - Aiman Hakim Kahwin Zahirah Macwilson Februari 2020

Terdahulu, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 iaitu selepas pasangan ini berkongsi gambar majlis tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Mengenai perkembangan karier seni, Zahirah bakal muncul dalam filem Bulan & Pria Terhebat pada 12 Mac ini.

Selain Zahirah, filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar itu turut dibintangi oleh Zizan Razak, Maya Karin, Alif Hadi, Didie Alias dan ramai lagi.