Hiburan
Tunjuk Kebolehan Memasak, Peminat Puji Amyra Rosli Pandai Jaga Tekak Suami
Selepas melangsungkan perkahwinan pada 11 November lalu, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin terus menjadi perhatian peminat.
Ramai yang memuji kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan pengantin baru ini dan mendoakan agar hubungan merpati dua sejoli ini bahagia ke akhir hayat.
Terbaru, menerusi kemaskini laman sosial Instagram milik Amyra, pelakon drama bersiri Cik Bunga Encik Sombong ini menyerlahkan kebolehannya memasak.
Memasak tiga jenis resipi iaitu ikan siakap masak stim, sambal terung dan bergedil daging, ramai peminat memuji kehebatan Amyra 'bersilat' di dapur.
Ramai pengikut laman Instagram Amyra meninggalkan kata-kata positif di ruangan komen. Malah ada di antara peminat yang mahu Amyra menghantarkan makanan di rumah mereka.
Di samping itu, ada juga peminat yang memuji Amyra pandai menjaga tekak dan perut suami tersayang.
Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Amyra bersama Aaron Aziz, Isteri Tuan Ihsan kini sedang hangat ditayangkan. Jangan lupa saksikan drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
A photo posted by Mrs Amar (@aamyrarosli) on
Must-Watch Video